DIY Cable Organizer Box Ala IKEA Ini Untuk Simpan Wayar

2,433 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak sakit hatikan apabila tengok wayar yang panjang bersepah diatas lantai dan berbelit-belit lagi. Semakin serabut adalah kan? Kalau yang jenis ada anak-anak kecil yang buas dan aktif jalan-jalan, boleh tersandung kaki pada wayar tersebut.

Yang lagi membimbangkan ialah apabila anak-anak tersebut tertarik pada wayar yang panjang tu. Risau takut terjadi apa-apa yang teruk, wayar tersebut mesti disembunyikan secepat mungkin. Apa kata DIY sendiri cable organizer box yang cantik dan mudah ini.

Melalui perkongsian daripada Nurul Aida Shinichi ini, beliau telah membuat satu cable box organizer secara DIY menggunakan barang yang simple sahaja. Cable box ini bukan sahaja membuat ruang rumah anda kemas namun dapat mengurangkan risiko kepada perkara-perkara yang tidak diinigini berlaku.

Serabut Dengan Wayar Yang Berbelit? DIY Sahaja Cable Organizer Box Ala-Ala IKEA Ini

Rimas benor mate ni nengok wire sepah² berjuntai² . Ahahahha. Lagi² yg ade anak kecik tu, please beware dgn wire² ni k .

Takot² nanti ade dia terpegang semasa wire ada arus eletrik, dia tersadong kaki ke, terbelit ke. Alahai

At least, " hide " kan wire ni sekurang² nye boleh mengurangkan risiko terjadinya perkara yg tidak diingini. Jauh² kan lah

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Kotak terpakai
  • Pembalut Hadiah
  • Gam biasa
  • Gam UHU
  • Gunting
  • Pisau Lipat
  • Pembaris
  • Pensel
  • File Ring
  • Selotep
  • Surat Khabar (jika perlu)

CARA-CARA UNTUK DIY CABLE ORGANIZER BOX

1. BALUTKAN KOTAK

Firstly, carikan kotak yang besar untuk muatkan extension. Kalau extension ad 3-4 plug, kotak besar diperlukan. Balutkan kotak tersebut.

DIY Cable Organizer Box

Pada lapisan pertama, saya balutkan dengan surat khabar. Lapisan kedua, baru saya balutkan dengan pembalut hadiah.

DIY Cable Organizer Box

2. MEMBUAT LUBANG

Apabila dah siap balut, buatkan lubang untuk wayar atau kabel. Lubang tersebut bergantung pada berapa plug yang anda ada. Kalau ada 3 plug, maknanya buat 3 lubang.

Gunakan klip kertas untuk tandakan kawasan yang ingin dilubangkan.

Buatkan lubang tersebut menggunaka ring file dan juga pisau lipat.

3. LEKATKAN RING PADA LUBANG TERSEBUT

Kemaskan keliling lubang tadi dengan selotep untuk mengelakkan sisa potongan kotak terkeluar. Lepas tu, barulah lekatkan gam UHU dibelakang ring file tu tadi dan lekatkan pada lubang yang dibuat.

4. TEBUK LUBANG UNTUK WAYAR EXTENSION

Buatkan 1 ruang kecil dibelakang kotak untuk masukkan wayar extension plug kedalam kotak

DIY Cable Organizer Box

5. HASIL DIY CABLE ORGANIZER BOX

Tadaaaa!!!! Ini dia hasilnya. Kalau nak nampak cantik dan kemas, pakai kotak yang ada sekali dengan penutup. Baru nampak kemas apabila ditutup.

DIY Cable Organizer Box

Sumber : Nurul Aida Shinichi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down