Semua rumah pasti akan terasa janggal atau tidak lengkap tanpa tabletop kan untuk zaman sekarang. Zaman sudah moden dan rumah zaman sekarang sudah pastinya ingin kelihatan moden terutamanya bahagian dapur.
Kalau tiada table top bagaimana nak bagi nampak moden? Jawapanya adalah diy sahaja sebuah dapur kabinet khas yang simple ini. Ianya sesuai dan khas untuk rumah yang tiada tabletop sepeti rumah milik Qamas Basir ini.
Ayuh kita melihat DIY dapur kabinet khas cantik ini dilakukan untuk rumah yang tiada tabletop. Lepasni barulah bahagian dapur nampak lebih cantik, elegan malah moden berbanding rumah yang sudah ada table top.
Assalamualaikum semua
Harini saya nak share DIY kabinet dapur untuk rumah yang takde table top dengan bajet bawah RM400 yang saya buat 3 tahun lepas. Alhamdulillah tahan sampai sekarang. Projek ni merupakan projek khas saya dan abang sebagai hadiah untuk kakak saya yang rumahnya takda kitchen kabinet. selama ni pakai meja buat dari kayu je.
Kitchen Cabinet ni tak termasuk sinki sebab sinki dia dah lekat pada dinding siap-siap. Alhamdulillah projek ambik masa tempoh tak sampai seminggu pun. Yang ni bukan paling kukuh. Sebab kos rendah, jadi boleh lah untuk kegunaan tidak lasak. Gobok ni tak tahan air. Sebab tu sinki asing siap-siap.
Proses-Proses Sebuah DIY Dapur Kabinet Yang Dilakukan
Pakai plywood tebal. Tak ingat tebal berapa samada 1 inci or setengah inci. 13mm kot.
Buat kotak tak pakai frame sebab nanti tambah dekat kayu pintu.
Pakai laminate plywood beli anggaran bawah RM30 sekeping.
Pintu guna kayu frame 1” x 1/2 “. Tampal luar dalam. Stapler jer mudah.
Test dlu frame takut tak muat pintu.
Tampal wallpaper. Kalau ada bajet lebih bole pakai melamine.
Siap keseluruhan cuma belum tampal edging besi tu. alhamdulillah tahan sampai sekarang. Just make sure jangan tumbuk sambal takut crack. Air pun kena sentiasa elakkan.
Hasil kitchen cabinet yang dah siap. Tak indah tapi boleh guna dan bertahan sampai sekarang. Kerja orang kampung memang banyak cacat celanya. Hehehe
Sumber : Qamas Basir