Projek Memulihkan Kerusi Meja Makan Yang Rosak Teruk

839 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Meja makan ni merupakan perabot yang wajib ada didalam mana-mana bahagian dapur dirumah. Tanpa meja makan ni, takkan pula nak makan dibawah lantai pulakan? Kepada yang tiada boleh sahaja beli perabot yang baharu.

Namun, bagi mereka yang sudah ada perabot ini tak perlu nak fikir panjang dah. Apa yang perlu difikirkan adalah adakah keadaan meja makan tersebut dalam keadaan terbaik? Jika dalam keadaan yang tak elok pun mesti tak ada mood nak makan.

Jadi, Siti Zulaika Shuib berkongsikan bagaimana beliau melakukan proses membaikpulih kerusi meja makan dirumahnya yang buruk kembali menjadi baharu. Beliau hanya perlukan spray sahaja dan kain langsir jer untuk melakukan DIY ini.

Projek Memulihkan Kerusi Meja Makan Yang Rosak Teruk Kepada Kerusi Tema "Gold Black"

Projek makeover kerusi meja makan mama berusia lebih 20 tahun. Nak hadiahkan set meja makan baru, mama jenis sentimental value. Sayang barang. Kita makeover je la.Tema Gold-Hitam. Class gituuh!

Proses Dalam Melakukan Makeover Kerusi Meja Makan Yang Rosak

Inilah dia kerusi yang telah pun rosak dan kelihatan sangat buruk.

Kerusi Meja Makan

First sekali, alihkan terleih dahulu kusyen kerusi tersebut. Dan selepas itu, spraykan body kerusi tersebut dengan spray berwarna putih.

Seterusnya, selepas spraykan warna putih tersebut sebagai layer pertama. Pastikan ia kering dan terus sahaja spraykan dengan warna gold pula. Barulah nampak berkilat macam tu.

Kerusi Meja Makan

Dan akhir sekali adalah kusyen. Kusyen ni cuma tukar sarung sahaja. Saya cuma beli kain langsir jer dan jahitkan kusyen tersebut dengan kain langsir. Ia kembali nampak macam baru.

Kerusi Meja Makan

Alang-alang dah buat proses ni jadi kesemua 6 kerusi ini dilakukan proses yang sama. Nak bagi semua nampak matching warna tema ni.

Alhamdulillah, tak perlu beli kerusi baharu. Cukup jer baikpulih agar nampak lebih cantik mengikut warna kegemaran anda.

Kredit : Siti Zulaikha Shuib

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down