DIY Almari Bawah Dapur Dilengkapi Dengan Sliding Door

5,753 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Setiap orang sudah pastinya menginginkan sebuah tabletop yang cantik dan berkualiti tinggi. Namun. keadaan open space pada bahagian bawah tabletop tersebut telah membuatkan ia kelihatan tidak cantik dan barang disimpan dibawah tersebut akan terdedah.

Jadi, projek diy almari bawah dapur yang dikongsikan dan dilakukan oleh Puan Ema ini mampu menyelesaikan masalah open space tabletop tersebut. Yang paling menarik sekali adalah projek diy ini akan membuatkan tabletop anda dilengkapi dengan almari sliding door yang kelihatan premium.

Jom kita lihat hasil perkongsian yang dilakukan ini.

Projek DIY Almari Bawah Dapur Yang Dilengkapi Sekali Dengan Sliding Door Cantik

Mula2 ingat nak letak langsir je bawah table top tu. Sebab rasa semak je, bila tengok barang2 bawah table top tu. Tapi bila difikir2 balik, saya ni dah le jenis masak ganas.

Anak bujang dengan anak dara pun jenis suka masak. Confirm langsir tu nanti cepat kotor. So saya ambil keputusan,DIY je almari bawah table top tu.

DIY almari bawah table top, tanpa guna drill. Kat sini saya share juga barang2 yang saya guna ye. Mana tahu kot ada yang nak try juga.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

Hasil Projek DIY Almari Bawah Dapur Yang Dilakukan Ini

DIY Almari Bawah Dapur

Baru siap tampal wallpaper. Dekat bawah table top tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam jer.

DIY Almari Bawah Dapur

Kecik je dapur saya dirumah ini. Ini adalah hasil yang dilakukan. Pintu pun bajet jer beli di Shopee ala-ala slinding.

DIY Almari Bawah Dapur

DIY Almari Bawah Dapur

Ni barang yang saya guna. Gam tu saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Malas nak guna drill. Ohh ye, gam tu klu guna, kena tunggu satu hari baru kering.

Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper. Ni bukan wallpaper yang biasa tampal kat dinding tu ye. Plywood tu saya oder kat shopee je, ukur siap2, pastu minta seller tu potong ikut ukuran yang saya dah bagi.

Roda tu muat untuk plywood yg tebal dia 5mm.

Sumber : Puan Ema

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down