DIY Dinding Daun Plastik Seakan "Ironwall" Bajet RM100

5,155 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Siapa disini mempunyai impian untuk membuat dekorasi "ironwall" dirumah namun terhalang kerana kos ironwall adalah tinggi dan melebihi bajet anda? Semestinya anda harus melupakan hasrat tersebutkan? Jangan sedih kerana anda boleh DIY sahaja "ironwall" tersebut.

Seorang wanita yang bernama Raden Eyranie ini telah berkongsikan beberapa dekorasi "ironwall" beliau didalam laman Facebook. Dekorasi tersebut hanyalah secara DIY dan beliau menyatakan kos untuk membuat diy ironwall ini tidak sampai pun RM100

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat ironwall ini. Hasil akhir juga akan ditunjukkan diakhir artikel ini. Jom kita tengok.

Wanita Ini Berkongsi Cara DIY Dekorasi Dinding Daun Plastik Seakan "Ironwall" Bermodalkan RM100 Sahaja

Saya share kay sini. Kot ada yang nak cuba buatkan.
Asalnya nak cari IronWall tapi tak ada jumpa lagi yang mampu milik. So boleh la try yang ni

BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Spray Gun Gold
  • Spray Gun Silver
  • Glue Gun
  • Cable Tie
  • Tangkai Daun ( Kaison )
  • Frame ( MR DIY )

Kiraan semua barang adalah sebanyak RM80.

Barang2 tangkai daun beli kat KAISON + frame beli kat MR DIY size A4

DIY Ironwall

Spray guna Warna Silver & Gold utk bg 2 tone color (Beli kat MR DIY)

PROSES PENGHASILAN DIY DINDING DAUN PLASTIK

DIY Ironwall

DIY Ironwall

Benda ni senang nk gantung sbb ringan sgt2. Kami gantung guna hook biasa je. Tapi nak bagi sekata, hook tu spray kan sekali dgn warna gold 😊😊

HASILNYA

DIY Ironwall

Selepas siap mengecat dan semuanya, bunga ini digantungkan di dinding menggunakan hook sahaja. Anda tidak perlu pasal berat kerana bunga ini amat ringan.

DIY Ironwall

Tadaaa!!!!! Dah siap pun DIY ironwall kita ni. Tidak perlu keluarkan duit yang mahal2 untuk beli ironwall ini sedangkan anda boleh DIY sahaja sendiri. Itu sahaja perkongsian daripada kami. Semoga anda dapat inspirasi untuk membuat diy ironwall anda sendiri.

Sumber : Raden Eryanie

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down