DIY Dinding Mirrorwall Merupakan Kenangan Semasa PKP

29 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa disini masih lagi teringat akan kenangan semasa PKP? Semasa pkp ini ramai juga yang melakukan pelbagai DIY antaranya ialah DIY accent wall, membuat shera plank dan pelbagai lagi. Walau apapun yang dilakukan ianya merupakan kenangan sewaktu negara Malaysia ini pernah melakukan PKP.

Seperti yang dikongsikan oleh Nitasha Nozmi ini. Beliau berkongsikan sebuah projek diy dinding mirrorwall yang dilakukan olehnya semasa pkp dulu. Hasil tersebut dikongsikan didalam grup Facebook "Kelab Deko Sebelum Selepas".

Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada ahli grup bahawa ianya hasil dilakukan sewaktu PKP. Jom kita tengok bagaimana beliau melakukan sebuah projek DIY dinding mirrorwall ini.

Projek DIY Dinding Mirrorwall Yang Merupakan Kenangan Semasa Perlaksanaan PKP

4 hari punya kerja. Hasil diy kami suami isteri. Ada jugak kenangan PKPB Covid19 untuk kami sekeluarga. Lenkali bila tengok mirror wall ni boleh jugak buat modal throwback bercerita dengan anak2. Kayu beli di kedai hardware.

Pilih je nak jenis camana. Ikut jugak bajet sebab lagi banyak detail kayu lagi mahal harganya. Kami guna Industrial Adhesive je untuk gam kayu memandangkan dinding batu kami cantik rata. Harap2 kuat la gam tu. Cermin pulak kami beli Lots Ikea. Itu je yang senang nak dapat dan pikir.

Pak Supir : Pojie

Tok Mandor : Tasha

Belanja hangus : RM300++

Proses Dalam Membuat Projek DIY Dinding Mirrorwall Semasa PKP

Sketch awal dari spesis amatur. Dari mula lukis sampai siap lukis tak habis2 lakibini dok berbalas pantun. Sudahnya kira ukuran pun tak betul.

DIY Dinding Mirrorwall

Lain macam semangat husben sis masa ni. Balik hardware terus bersilat potong kayu.

Masa ni kami ukur guna mata hati je. Sudahnya senget benget bingkai cermin tuh.

DIY Dinding Mirrorwall

Dah ada grid tu baru nampak sikit sinar cahaya Aidilfitri. Kayu kecik sebatang tu asben guna sebagai pembaris untuk monitor susunan cermin tu supaya sama tegak. Bini dia sejenis OCD tak boleh tengok bende senget mula la sakit bijik mata.

DIY Dinding Mirrorwall

Abaikan bingkai kayu kat bahagian luar cermin tu. Gara2 salah cara ukur. Kena ejas balik bukaan frame tu bagi luas lagi. Tak pepasal kena beli lagi kayu tambahan.

Frame cermin almost done. Kami buat mapping dulu. Belum gam lagi. Dah puas hati dengan kedudukan cermin tu baru encik asben cabut satu2 frame kayu cermin untuk dicat.

Siap dah bahagian cermin. Now kita betulkan balik bahagian frame luar pulak.

Double check ukuran walaupun dah ada grid. Bukan apa. Kekadang dinding ni jahat suka tipu mata kita.

DIY Dinding Mirrorwall

Dah siap framing bingkai. Lepas ni cabut balik satu2 untuk dicat.

Dah siap cat. Halfway je baru. Sabor Sudin sabor!! Sikit je lagi kita pasti menang.

DIY Dinding Mirrorwall

Cat frame luar pulak. Masa ni bini Sudin dok renyih sorang2 sebab seronok. Sudin tak tau bini dia tengah dok buat list nak beli side table, side lamp 2 bijik, pokok orkid tipu sepasu, wood slab dining table dan banyak lagi.

Akhirnya, all the sweat yang keluar tu berbaloi. Sudin berjaya buatkan wife dia gembira. Wife dia pulak tak sabar nak bagi next proposal untuk dinding bilik tidor pulak pasni.

DIY Dinding Mirrorwall

Kami cedok idea dari wainscotting hamba Allah ni. Terima kasih sebab bagi kami inspirasi nak diy walaupun kesudahan mirror wall kami lari sikit dari plan asal.

DIY Dinding Mirrorwall

Kami guna cermin Lots ni untuk buat diy. Gigih meronjang ke Ikea lepas raya ye. Masuk Ikea semata2 nak cari cermin je. Dapat cermin terus balik. Takut nak lepak lama2 sebab manusia tersangat ramai.

Kredit : Nitasha Nozmi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down