Tidak semua orang diberi kelebihan dalam melakukan kerja pertukangan dan DIY. Jadi, sekiranya anda mempunyai kelebihan sebegitu, tidak salahnya ia dimanfaatkan sebaik mungkin dengan lakukan projek diy sendiri bagi menghasilkkan satu kraf yang kreatif dan menarik.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Norpadilah Binti Afandi. Beliau menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya itu bagi menghasilkan diy farmhouse decorative tier tray hanya guna pinggan melamine sahaja.
Jom ikuti perkongsian diy yang sangat kreatif ini.
DIY Farmhouse Decorative Tier Tray
Memenuhi permintaan kawan-kawan yang pm kita nak diy tier tray farmhouse ini dalam versi bajet. Baik.
Tapi bahan yang ada dalam simpanan kita ngam untuk dua tingkat sahaja ya.
Bahan yang digunakan :
Ini adalah peralatan yang digunakan bagi menghasilkan projek diy ini.
Pasang mata penebuk lubang ini pada cordless.
Lepas tebuk lubang pada dua-dua pinggan, skru pinggan dengan kayu jadikan dua tingkat.
Gamkan kayu hiasan atas pinggan.
Okay siap sedikit.
Spray atau cat ikut selera masing-masing.
Untuk nampak sedikit rustic, kita conteng sahaja tepi pinggan dan batang kayu dengan pen marker sharpie.
Okay siap.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan projek diy seperti yang dilakukan ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.