DIY Fluted Wall Dengan Bajet Kurang Dari RM500

1,588 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Fluted wall atau "dinding seruling" mampu menambahkan lagi aura moden sesebuah rumah. Namun, ianya jarang menjadi pilihan orang ramai dek harganya yang sedikit mahal berbanding prop-prop dinding yang lain. Kali ini, Giler Deco  akan berkongsi posting asal daripada Shaher Fuad yang mendekorasi dinding rumah beliau menggunakan fluted wall dengan bajet kurang dari RM500!

Jom kita ikuti.

Bahan-bahan yang digunakan

 

1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60
2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00
3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00
4. Nippon paint under coat 1 litre = RM 38.00
5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre = RM 98.00

Jumlah = RM 429.60

Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bgtau je berapa lebar nak, die akan potong siap2 dengan ketam skli.. memang tinggal gam aje. setel.

 

Langkah-langkah memasang fluted wall :

 

  1. Lekatkan MDF board pada dinding asal rumah anda. (Saiz MDF board yang digunakan: 6mm-tebal, 1 inchi-lebar, 5 kaki-panjang)
  2. Lekatkan gap filler pada MDF board.

  3. Lekatkan pula wood filler
  4. Mengecat lapisan awal (undercoat)
  5. Proses terakhir adalah cat lapisan terakhir menggunakan warna pilihan anda.

Haa, cantik sungguh kan flutter wall hasil tangan jejaka ini. Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan!

Sumber: Facebook

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down