DIY Stand Lamp Hanya Daripada Tripod Kamera Yang Rosak

193 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Disini min nak kongsikan sebuah projek DIY yang menarik perhatian min. Melalui perkongsian lelaki yang bernama Hairul Nizam Zahari ini, beliau telah melakukan sebuah diy lamp stand bajet yang sangat cantik dan mudah untuk dilakukan.

Yang paling menarik perhatian ialah diy tersebut dilakukan hanya daripada bahan terpakai sahaja iaitu sebuah tripod yang telah rosak. Menurut beliau lagi, nak buang tripod tersebut sangatlah sayang untuk dibuang kerana kakinya masih lagi boleh digunakan. Yang rosak hanyalah bahagian kepala sahaja.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek DIY ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Hairul Nizam Zahari ini.

Sangat Kreatif ! Dari Tripod Kamera Yang Rosak Terus Menjadi DIY Stand Lamp Yang Cantik

Projek DIY Stand Lamp Yang Bajet

Benda yang rosak ni seeloknya jangalah dibuang. Mana tau ia mungkin akan menjadi barang yang berguna.

Tripod kamera ni dah rosak. Kepala dah longgar dan tak ada function dah. Nak buang tapi kaki tripod masih boleh guna lagi. Apa kata kita DIY jer menjadi sebuah lampu berdiri yang cantik.

Cara Untuk Melakukan DIY Lampu Berdiri Dari Tripod Rosak

Kepala tripod ni dah rosak, kaki pun dah tak boleh nak lock dah. Nak buang sayang sebab kaki masih lagi elok.

Tebuk dulu lubang pada bahagian ini untuk dijadikan tempat masukkan lampu.

DIY Stand Lamp

Perlu buat thread untuk besi light holder.

Inilah dia rupa besi untuk light holder tersebut.

Kita kunci agar bagi ia ketat sikit.

Yang seterusnya, pasang kan light holder tersebut.

Pasangkan wayar supply pada bahagian yang telah ditebuk.

Seterunya ialah memasang lampshade yang cantik ini. Lampshade ni beli dimana? Mestilah di Shopee. Banyak pilihan boleh dipilih disitu.

Untuk lampu pula saya pasangkan pada bahagian tersebut. Lampu ni saya guna led 18watt.

Hasil Akhir Projek Lamp Stand Yang Cantik Ini

Inilah dia rupa akhir diy lampu yang saya lakukan ini. Simple sahaja dan sangat berguna. Jadi, kalau anda ada tripod yang dah rosak jangan buang. Mana tau dapat dijadikan sesuatu yang berguna.

Boleh la habuan nak dapatkan suasana romantik waktu malam

DIY Stand Lamp

Sumber : Hairul Nizam Zahari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down