Setiap rumah masing-masing pastinya akan mempunyai sekurang-kurangnya frame kayu. Frame kayu dengan perlbagai tema yang menarik semestinya menjadi pilihan orang ramai sekarang untuk dekorasi rumah. Antaranya yang terbaharu ialah DIY frame kayu bertemakan kehijauan.
Untuk melakukan DIY frame kayu bertemakan kehijauan ini, anda boleh mengikuti cara yang dilakukan oleh Marcus Jr Mikael. Beliau telah berkongsikan hasil DIY beliau didalam laman Facebook. Tidak perlu beli diluar, cuma hanya buat sendiri sahaja.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua cara untuk membuat DIY frame kayu yang menerapkan tema kehijauan yang mampu menenangkan minda anda. Jom kita tengok hasil perkongsian daripada beliau.
Just nak share projek kecil kecilan nak menambahkan sedikit sentuhan kehijaun di ruangan bersebelahan kitchen yang dah lama tertangguh.
Barang Yang Diperlukan :-
Yess inilah lapik bahagian bawah daun
Gam kayu sejenis waterbase , senang cuci dan melekat sangat kuat macam gam gajah versi kayu
Cara Untuk Membuat Frame Kayu
1. Potongkan pine wood dahulu untuk dijadikan frame kayu. Boleh buat panjang dan ketinggian yang anda inginkan.
2. Selepas anda selesai potongkan kayu mengikut ketinggian dan panjang yang diinginkan, lekatkan frame tersebut menggunakan gam kayu tadi.
3. Daun IKEA tu boleh dicantumkan semua sekali sebab dia ringan dan kita dah pasang netting bawah tu.
Hasil Akhir DIY Frame Kayu Tema Kehijauan
Tada!!! Nilah dia hasilnya. Warna hijau daun memang sangat match jika partnerkan dengan pine wood kaler original memang tak boleh dipisahkan. Nampak natural gitu
Sambungan hujung kayu guna potongan 45” , memang tak cantik dan sharp potongan nya jika kita takde tools yang betul namun jangan risau sebab kita boleh pakai wood filler untuk tutup ruang ruang yang tak cantik tu
Kayu saiz 1X1 tu guna untuk lapik bahagian bawah frame untuk menampakkan ketebalan frame kayu tersebut
Sumber : Marcus Jr Mikael