Apa yang korang selalu buat terhadap botol sos maggi kalau dah habis digunakan? Mestilaaa ada antara korang buang ataupun jual balik kaca tersebut tetapi tahukah anda bahawa sos botol tersebut boleh dijadikan sebagai perhiasan untuk kawasan rumah anda?
Melalui sebuah video tiktok ini yang dikongsikan oleh roomah165 menunjukkan cara yang simple dan senang untuk melakukan perhiasan rumah menggunakan sos botol maggi sahaja. Walaupun dengar macam mengarut tetapi inilah yang dilakukan beliau.
DIY ini juga kreatif kerana mampu menjadikan botol yang biasa kepada sesuatu yang cantik untuk diletakkan pada bahagian rumah anda.
Harini kita buat hiasan untuk pokok hidup guna botol kosong MAGGI. Nampak simple, tapi estetik kan? 🥰
Cara-Cara Untuk Lakukan Hiasan Botol Maggi Ini
Yang pertama sekali adalah buatkan tangkai pada botol menggunakan jute rope ataupun tali guni.
Yang kedua pula adalah gulungkan tali pada sebahagian botol nak bagi nampak lebih cantik.
Tadaaaa!!!! Dah siapppp
Baru siap botol sahaja. Kali ini isikan air kedalam botol tersebut.
Ambil mana-mana pokok hiasan yang selalu orang guna untuk rumah dan letakkan dalam botol tersebut.
Tadaaaa...kali ini baru betol-betol siappp ❤❤
Boleh gantung pada bahagina ruang dapur, ruang tamu dan juga dalam bilik. Asalkan selamat dan sesuai untuk ruang yang diletakkan.
Video Tiktok Untuk Hiasan Gunakan Sos Botol Maggi
Kredit : @Roomah165 (Tiktok)