DIY Home Office Hanya Guna Almari Pakaian Untuk Penstoran

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Home office adalah ruang yang khas untuk seseorang menguruskan kerja mereka sama ada mereka yang bekerja dari rumah ataupun untuk suri rumah yang ingin menyimpan atau mengurus hal berkaitan rumah pada ruang tersebut. 

Ianya sangat bagus jika kita mempunyai satu ruang untuk home office di rumah kerana sangat tidak praktika jika kita membuat kerja di ruang tamu rumah. Ia boleh menyebabkan ruang tamu anda bersepah dan boleh jadi anda letakkan dokumen-dokumen penting pada merata tempat.

Oleh itu, adalah sangat baik jika kita membuat satu ruang khas untuk membuat kerja dan storan bagi dokumen-dokumen tersebut seperti yang dilakukan oleh Hani Mynis, di mana beliau menjadikan almari pakaian sebagai tempat untuk menyimpan dokumen, alat tulis, printer, barang-barang planner dan sebagainya. Jom kita lihat bagaimana beliau menyusun dan menyimpan barang tersebut di dalam almari pakaian.

Susun Atur Barang Di Dalam Almari Pakaian Jadikan Home Office

home office

Almari pakaian hani jadikan sebagai home office. Dia buat teknik penyamaran kat situ haha so x nampak serabut sngt master bedroom bila almari dah tutup.

3 box kat atas tu dari Ikea. Hani simpan barang-barang sentimental. Satu box sorang. Alif hani dan Aqil.

Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa hahahah penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.

Gunakan ruang dinding almari sebaiknya.

Hani tambah lennart drawer dalam ni. Para ikea pun letak je atas laci. Para ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hntr kilang perabot minta dia tolong potongkan hehe

Organizer dari Ikea.

Pintu almari pun hani guna sebaiknya. Letak jadual pembersihan hani.

Laci untuk simpan segala jenis kertas.

Harap misteri terjawab. Haha bila nak guna hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari hehe hani parking laptop kat atas ni. Sambung usb printer. Terus print.

Sangat tersusun dan kemas cara beliau susun barang-barang tu walaupun di dalam almari.Almari tu kalau letak dalam bilik pun tak nampak macam serabut sebab tertutup. Takde la sakit mata memandang. Betul tak? Jadi tunggu apa lagi, anda boleh gunakan idea ini untuk menyimpan barang-barang office atau barang lain supaya ia mudah dicapai dan tidak hilang. 

Semoga bermanfaat!

Kredit: Hani Mynis

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Mei 11, 2022
Dikemaskini pada
Mei 11, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down