DIY Homemade Spray Untuk Hilangkan Segala Jenis Debu

3,520 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak kat rumah tu dah berapa kali bersihkan debu yang kotor tapi masih lagi tak hilang-hilang? Asyik bersih jer pasti akan berdebu kembali. Jadi, apa kata anda lakukan DIY homemade spray khas yang mampu hilangkan debu dengan sekelip mata.

DIY homemade spray ini dilakukan oleh Yatie Eimra. Beliau merupakan seorang yang suka berkongsi tip & trip untuk memudahkan urusan harian. Jadi, beliau berkongsikan cara untuk membuat homemade spray ini pada laman Facebook beliau.

Menurut beliau, ini merupakan homemade spray yang paling di puas hati setakat ini. Jadi, beliau ingin berkongsikan dengan anda semua cara-cara untuk diy spray homemade ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY Homemade Spray Untuk Hilangkan Pelbagai Jenis Permukaan Kotor

Pernah baca komen netizen cakap orang yang selalu gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja rumah & urusan harian.

Lebih lagi kalau ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • ¼ cawan cuka
  • 1¼ cawan air
  • 3 sudu kecil minyak zaitun
  • 1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
  • Sedikit essential oil* (optional)

Cara Untuk Melakukan DIY Homamade Spray

Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

DIY Homemade Spray
DIY Homemade Spray
DIY Homemade Spray
DIY Homemade Spray
DIY Homemade Spray

Nota Penting !!

  • Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
  • Saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza
  • Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
  • Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
  • Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
  • Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
  • Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka

Sumber : Yatie Eimra

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down