DIY Kabinet Dapur Aluminium Sewaktu Berkurung Covid-19

2,182 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Inginkan sebuah kabinet dapur dengan pintu dan kerangka aluminium? Jadi, anda mungkin ingin melihat hasil diy kabinet dapur aluminium yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Fadhli. Hasil DIY ini telah dilakukan waktu berkurung covid-19 haritu.

Disebabkan bosan dan kebetulan pula tabletop kat rumahnya pula bawah tu nampak kosong jer. Maka tercetusnya hasil DIY kabinet dapur aluminium. Beliau berkongsikan bahan-bahan dan cara yang diperlukan untuk lakukan DIY ini.

Jadi, untuk melihat bagaimana hasil diy ini dilakukan. Jom kita ikuti perkongsian daripada Fadhli ini.

Lelaki Ini Kongsikan Hasil DIY Kabinet Dapur Pintu Aluminium Sewaktu Berkurung Covid-19

Assalamualaikum. Saya share sikit diy pintu cabinet sempena perintah berkurung covid 19 ni. Boleh la siapkan benda yang tertangguh part dapur saya nih. Table top dah bertahun tak berpintu, so saya diy je la. Nasib barang2 dah beli awal awal. saya guna aluminium material dengan composite panel untuk bahagian pintu. Sepatutnya nk buat bahagian pintu je, alang2 dah bercuti panjang ni , saya buat semua la. Bahagian dalam nak guna aluminium part asalnya tapi ada lebihan kayu yang saya beli sebelum ni untuk buat wardrobe.

So saya habiskan untuk buat bahagian dalam dari apa yg ada. Boleh la untuk kegunaan sendiri. Lagipun ni 1st time saya buat pintu aluminium. Untung pakai aluminium ni, kita buleh tuka warna pintu tu dgn mudah. Boleh pakai mcm2 material dan warna.Untuk bahagian wall cabinet. Saya beli 2nd hand kedai perabot. Kebetulan terjumpa tak mahal. Kayu pun agak elok harga rm 25 satu set satu pintu. Asal hotel punya. Pakai je la dulu. Nak tunggu mood nak buat sendiri tah bila la tapi akan datang nak buat jugak full height.

Harap apa yang saya share boleh bagi idea dan manfaat pada semua.

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk DIY Kabinet Dapur Ini

  • Aluminium
  • PVC Center Bracket
  • L Corner Bracket
  • Soft Closer Hinges
  • Composite Panel
  • Skru
  • Alu Kitchen Cabinet
DIY Kabinet Dapur Aluminium

Proses Melakukan DIY Kabinet Dapur Aluminium Ini

Setting frame aluminium sbb table top tak berapa lurus.table top sy upah indon buat sebelum ni.

Setting frame ni paling rumit.sbb concrete table top tak rata..lubang2 kecil nanti saya tutup dengan silicon / sealer / cement.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Final setting aluminium frame.

Dish rack pun dh berhabuk.dh lama beli .buleh setting siap2 sementara pasang partition tu.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Saya guna cat apa yg ada je.

Setting drawer slide utk masukkan rak.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Tengah setting partition dalam.

Rak ni saay dah buat awal2 dulu guna kayu pine. Slot je la masuk.

Hampir siap bahagian dalam. Guna lebihan kayu2 yang ada takde la macam kedai buat. Buat guna rasa hati kegunaan sendiri je. Ada part yang saya cat. Saya syalek dan ada kayu/ply yang dah sedia putih permukaan dia.

Bahagian dalam dah siap sepenuh nya. Dah buleh rehat dah sebab nak mula keje2 bahagian pintu pulak.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Ni first time buat. Ada 2-3 part yang salah potong salah ukur, aluminium profile untuk part pintu.

L angle bracket untuk pegang aluminium profile.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Dah siap satu pintu. Banyak kecacatan disitu.

Tebuk lubang untuk pasang soft closer hinges.

Dah siap pasang soft closer hinges. Dulu bila dengar soft closer mesti ingat mahal rupanya rm1.20 je. Yang mahal sikit rm 2.00.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Composite panel untuk permukaan pintu. Mudah untuk potong. Guna pisau je. Ada macam2 warna tapi tak banyak.

Dah siap dah. Untuk wall cabinet saya blom nak buat sebab jumpa 2nd hand wall cabinet hotel punya rm 25 satu set satu pintu.

DIY Kabinet Dapur Aluminium

Meja ni pun saya diy je. Kutip kayu pine tepi2 kedai / kilang.

Sumber : Fadhli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down