DIY Kabinet Dapur Nampak Mewah Bermodalkan RM300

48,979 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang tidak mempunyai kabinet dapur akan menyebabkan dapur menjadi berselerak dan tidak tersusun. Apatah lagi nak memasak, nak cari perkakasan dapur pun dah makan masa. Tapi bila difikirkan balik, kos untuk buat kabinet dapur ni bukannya murah, harganya boleh mencecah ribu riban.

Tu hanya kabinet sahaja, kos nak upah orang buatkan pun kena ambil kira juga. Sebenarnya, boleh sahaja kita nak DIY kabinet dapur sendiri, janji pandai bertukang. Boleh berpakat suami isteri untuk buat. Kalau tiada masa, boleh buat slow-slow dulu kerana "sikit sikit lama-lama menjadi bukit".

Mengikut perkongsian daripada Muhammad Alif di facebook, beliau telah menceritakan langkah-langkah dan bahan-bahan yang diperlukan membuat DIY kabinet dapur ini tanpa memerlukan belanja yang besar pun. Jadi jom kita semak apa yang dikongsikan oleh beliau.

Bermodalkan RM300 Sahaja, DIY Kabinet Dapur Yang Setanding Harga Ribu Riban

Assalamualaikum wbt. Disebabkan harga nak buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. 10k pun ade. Nk jimat punye pasal. Setelah google2. Akhirnya saya mengambil langkah untuk buat sendiri. Simple je. 100% buat sendiri.Nak cuba buat?

Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dah siap kabinet dapur yang saya buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :-

  • Kayu berukuran 1x2
  • Papan playwood berukuran 4 mm
  •  Kayu siling untuk bingkai
  • Engsel pintu
  • Skru kayu bersaiz 1 inci
  • Siller +cat minyak + kertas pasir
  • Pemegang pintu
  • Magnet pintu almari (RM 2.12)

Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je.

LANGKAH-LANGKAH DIY KABINET DAPUR

1) Ukur pintu pakai kayu playwood 4 mm

DIY kabinet dapur

2) Dah siap potong ikut ukuran, letakkan playwood. Terpulang pada kita nak buat design pintu yang bagaimana

DIY kabinet dapur

3) Pasangkan pemegang pintu.

DIY kabinet dapur

4) Sambung buat pada ruang seterusnya

DIY kabinet dapur

5) Bila dah siap pasang semua, gosok kayu dengan kertas pasir sebelum cat

DIY kabinet dapur

6) Cat menggunakan cat minyak. Untuk kesan lebih berkilat, boleh cat 3 lapis

7) Pasangkan magnet pemegang pintu pada belakang pintu

DIY kabinet dapur

8) Catkan frame tersebut agar nampak lawa

HASILNYA!!!!

DIY kabinet dapur

Sumber : Alif Muhammad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down