DIY Kabinet Dapur Moden Rekabentuk Gaya Mat Salleh

12,892 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Teringinnyer nak ada sebuah kabinet dapur moden yang bercirikan rekabentuk gaya ala-ala mat salleh. Kalau dapat kabinet dapur tu mesti akan nampak cantik namun harga yang mahal menjadi penghalang. Namun, anda boleh lakukan kabinet dapur moden ini secara DIY sahaja.

Perkongsian daripada Muhammad Hazrin Kahardin ini menunjukkan beliau melakukan sebuah projek diy kabinet dapur moden dengan rekabentuk rumah mat salleh. Jadi, anda tidak perlu keluarkan duit beli yang mahal. DIY sahaja seperti yang dilakukan oleh beliau. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Cara Untuk DIY Kabinet Dapur Moden Dengan Rekabentuk Gaya Ala-Ala Mat Salleh

Siap juga projek kabinet dapur ala2 mat salleh. Material yang digunakan ialah Playwood dan mdf board. 5 hari jugak nak siapkn kabinet atas ni sahaja. Tak kemas sangat tapi puas hati apabila dapat buatnya guna dengan hasil tangan sendiri.

Bahan-Bahan Yang Digunakan

Proses Melakukan Kabinet Dapur Moden Ini

Playwood 15mm(untuk buat rak kabinet) + mdf 9mm(untuk pintu) + mdf 6mm(untuk buat frame pintu).

Ni la dia port untuk memotong papan iaitu belakang rumah je. Untuk memotong papan ni, saya gunakan ialah circular saw.

DIY Kabinet Dapur Moden

Dah selesai proses potong ini untuk buat rak. Saiz untuk rak ini ialah lebar 1kaki 2 inci.

Saya adjustkan pasang kat cooker hood dulu, nanti kita akan buka balik.

Ukur ketepatan sudut 90° supaya nanti proses nakk pasang pintu tak ada masalah.

DIY Kabinet Dapur Moden

Sambung pasang rak yg lain pula.

DIY Kabinet Dapur Moden

Proses buat para didalam kabinet. Sila abaikan pinggan dan juga mangkuk kat bawah tu. Kalau ubah nanti bini mengamukkan.

DIY Kabinet Dapur Moden

Untuk bahagian pintu, saya buat guna MDF board.

Dh siap pintu kita layan sealer dua lapis.

Siap sealer terus sapu cat putih dan biarkan sehingga kering.

DIY Kabinet Dapur Moden

Nilah hasil lepas cat putih 3 lapis tu.

DIY Kabinet Dapur Moden

Proses pemasangan pintu dilakukan.

Hasil Akhir DIY Kabinet Gaya Moden Ini

Inilah dia hasil akhir diy kabinet dapur moden yang dilakukan oleh saya ini. Biase-biase jer. Walaupun simple jer namun tetap berpuas hati hasil tangan sendiri.

DIY Kabinet Dapur Moden

Sumber : Muhammad Hazrin Kahardin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down