Tidak semua orang berkemampuan untuk membeli kabinet dapur baru dek kerana harganya yang agak melambung tinggi pada ketika ini. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, ratusan ringgit sudah cukup besar nilainya buat mereka.
Jadi, sekiranya mahu berjimat cermat, jika ada kabinet lama di rumah, apa kata kita cuba memperbaharui semula kabinet lama tersebut dengan cara DIY bagi menjadikannya kelihatan baru
Jadi, jom kita lihat bagaimana projek DIY ini dihasilkan.
DIY kabinet lama untuk sesuaikan dengan dapur supaya kelihatan cantik dan kemas.
Rupa kabinet semasa proses ubahsuai dilakukan. Proses-proses ubahsuai ini dilakukan hanya dengan menggunakan spray Mr.DIY.
Pandangan kabinet dengan lebih jelas semasa proses ubahsuai dilakukan.
Hasil setelah kabinet selesai diubahsuai dengan sangat cantik. Langsung tidak kelihatan seperti kabinet lama.
Pandangan lebih dekat kabinet setelah diubahsuai.
Pandangan penuh hasil DIY kabinet dapur bajet. Untuk bahagian tiles, pintu kabinet dan sliding door sahaja upah orang. Yang lain suaminya lakukan sendiri. Ianya lebih jimat.
Bahagian pintu masuk dapur seperti yang diberitahu di atas tadi, mereka mengupah orang bagi menghasilkan sliding door yang menarik seperti ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan kerja-kerja DIY seperti ini. Semoga bermafaat.