Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

946 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebut pasal Korea, memang pengaruhnya sangat kuat di Malaysia dan semua orang cukup mengenalinya tidak kira dari segi makanan, hiburan dan bermacam lagi.

Sememangnya Korea banyak memberi pengaruh besar pada masa kini. Jadi, perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama Kartina Marlynna Francis.

Beliau telah menghasilkan projek DIY dan berkongsi cara membuat coffee table ala Korea. Jom sama-sama kita ikuti cara pembuatannya dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Membuat Coffee Table Ala Korea

Langkah 1:

Ini adalah Peralatan yang digunakan dalam merealisasikan coffee table ala-la korea. Jangan lupa skru, gam kayu untuk ikat dan cantum rangka-rangka meja.

Cara Membuat Coffee Table Ala Korea

Langkah 2:

Ini adalah rangka atas. Pada ketika ini, kayu di tengah-tengah belum diletakkan lagi.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 3:

Ini adalah rangka bawah. Jemur dahulu sampai ianya betul-betul kering.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 4:

Rangka atas dan bawah yang sudah selesai dijemur. Hanya tinggal proses untuk cantumkannya pula.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 5:

Rangka meja yang telah dicantum. Selepas itu, pasang plywood sebelah atas rangka. Roda kecil 4 biji dipasang di setiap bucu sebelah bawah rangka.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 6:

Proses mengeringkan gam kayu dibawah sinaran matahari supaya gam betul-betul kering.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 7:

Proses undercoat dilakukan.

Bahan dan peralatan yang digunakan:
1. Cat under coat untuk kayu.
2. Berus dan bekas untuk cat.
3. Thinner (untuk cairkan cat).
4. Stick kayu.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea
Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 8:

Proses mengecat dilakukan.

1. Cat minyak kayu warna putih.
2. Thinner ( untuk cairkan cat yang pekat).
3. Berus cat dan bekas untuk cat.
4. Stick untuk kacau cat supaya tidak berketul.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 9:

Pastikan terlebih dahulu cat kering barulah bawa masuk ke dalam rumah.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Langkah 10:

Bahan untuk hiasan dan pemurnian.

1. Tiles sticker (beli dari NINSO).
2. Binding tape hitam.
3. Acrylic tape.
4. Gunting (untuk gunting sticker).

Pandangan dari sudut atas:

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Pandangan dari sisi:

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea
Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Hasil yang telah siap.

Projek DIY Cara Buat Coffee Table Ala Korea

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk menghasilkan projek DIY meja ala Korea seperti ini.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down