Proses untuk membuat sebuah projek DIY kabinet table top pada bahagian dapur ini merupakan proses yang mencabar. Ianya memerlukan alatan yang lengkap, kesabaran yang tinggi dan juga masa yang lapang bagi menjayakan diy tersebut.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Din Labatta ini, beliau melakukan sebuah diy table top dirumahnya hanya seorang diri sahaja. Ianya memakan masa yang agak lama ditambah pula beliau membuat kabinet tersebut hanya berpandukan youtube sahaja.
Jom lihat proses-proses yang dilakukan oleh Din Labatta membuat DIY kabinet table top ini. Sudah pastinya hasil ia cantik walaupun memakan masa agak lama untuk membuatnya.
Alhamdulillah siap. Walaupun lambat sebab buat kerja sorang. Buat table top skali kitchen kabinet. Banyak belajar dari YouTube. Mana yang tak paham tanya kepada rakan2 yang pakar
DIY Kabinet Table Top Marble Seorang Diri Tengok Youtube
First sekali adalah dengan melakukan rangka kabinet terlebih dahulu. Semua ukuran dan diukur dan tinggal buat rangka sahaja sebelum ke proses seterusnya.
Rangka yang kukuh sudah siap dibina. Lepasni, proses letak tiang yang kukuh.
Permukaan kabinet table top ini diletakkan simen dan dibiarkan mengeras.
Seterusnya ialah letakkan sinki pada table top ni besertakan dengan mozek marble yang telah pun siap dipotong.
Settlekan letakkan mozek marble pada bahagian yang lain.
Tadaaaa! Siap juga letakkan mozek marble pada keseluruhan table top ini.
Bahagian bawah jangan lupa untuk letakkan kayu untuk dijadikan partition kabinet.
Untuk pintu bahagian tersebut saya gunakan marble putih macam ni.
Letakkan pada setiap bahagian bawah tersebut mengikut ruang yang ditetapkan.
Yang ni pula adalah kabinet gantung bahagian atas. Lukis dalam model 3D dulu sebelum lakukan yang betul-betul.
Ini dia hasilnya mengikut lakaran model 3D. Siap sedia untuk digantung.
Alhamdulillah, setelah lama berhempas pulas membuat DIY kabinet table top ini seorang diri berpandukan youtube. Akhirnya siap juga diy ini. Sekarang bahagian dapur sudah pun ada kabinet table top yang besar dan cantik untuk dipandang.
Kredit : Din Labatta