Bahagian ruang tamu merupakan ruang yang sering difokuskan oleh pemilik rumah supaya ianya sentiasa kelihatan cantik. Jadi, bagi memastikan ruang tamu kelihatan lebih kemas, dekorasi pada bahagian tv perlu diberikan sedikit sentuhan ubahsuai dengan memasang kabinet tv gantung.
Seperti yang kita sudah tahu, jika mahu menempah kabinet tv gantung agak mahal harganya. Namun, jika mahu lebih jimat, apa kata cuba hasilkan kabinet tv gantung ini secara sendiri sahaja.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Sa Ril. Beliau telah menghasilkan satu projek DIY kabinet tv gantung yang sangat kreatif.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti di bawah ini.
Percubaan pertama buat kabinet tv. Saya budak baru belajar
Lakaran asal bahagian dinding sebelum projek ini dilakukan.
Papan mula dipasang pada bahagian dinding ruang tamu. Papan yang digunakan adalah jenis multiply plywood, semasa beli memang sudah siap PVC wrapping, ada banyak pilihan warna.
Kabinet sudah mula dipasang. Kabinet pada bahagian atas belum dipasang lagi.
Bahagian kabinet atas setelah dipasang.
Walaupun sudah dipasang kabinet, tetap wayar masih nampak berselirat. Kalau nak selesaikan masalah itu boleh lihat gambar seterusnya di bawah ini.
Wayar masih lagi berselirat.
Cara terbaik untuk menyembunyikan wayar berselirat adalah dengan memasang pintu pada kabinet tersebut.
Kabinet tv setelah pintu siap dipasang.
Pada bahagian atas sebelah kiri kita letakkan speaker.
Inilah hasil ruang kabinet tv gantung setelah selesai dilakukan DIY. Kreatif dan menarik hasilnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.