Bila anak makin membesar sudah tentulah kena diajar untuk tidur dalam bilik sendiri. Untuk memberi keselesaan kepada anak, sebagai ibu bapa kena sediakan bilik yang selesa supaya anak mempunyai keinginan untuk tidur sendiri. Katil yang selesa merupakan salah satu daripadanya.
Tetapi, katil sekarang agak mahal. Jadi apa yang dibuat oleh abang Shahrul Ridzuan ini ialah, beliau DIY katil untuk anaknya. Beliau ada berkongsi proses beliau DIY katil tersebut dalam page Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI).
Setelah survey-survey harga katil lawa beserta drawer keputusan buat sendiri katil customade.
Boleh laa jimat RM300-RM400. Ni lama-lama sekali ada projek. Katil single. Barang semua dari shopee & lazada.
Kayu plywood boleh dibeli di Shopee atau kedai kayu. Buat design dan ukuran siap-siap. Minta kedai tolong potongkan saiz besar-besar ikut ukuran yang kita mahu. Apabila sudah sampai, boleh terus cantumkan.
Ini pula bahagian frame katil.
Penggunaan kain ini adalah untuk dibalut pada frame dan kepala katil supaya tak nampak kosong dan lebih cantik. Kualiti kain ini jenis velvet. Juga boleh dapatkan di Shopee.
Untuk cantumkan plywood, boleh gunakan skru dan sesiku L supaya frame katil tidak bergoyang
Span 2 inci untuk dijadikan sebagai kepala katil. Saiznya boleh ikut ukuran yang anda inginkan.
Inilah hasilnya apabila sudah siap.
Jumlah keseluruhan lebih kurang RM500 sahaja. Lebih berpuas hati sebab boleh buat ikut apa yang kita inginkan.
Sampai disini sahaja perkongsian untuk kali. Semoga dapat memberi manfaat untuk para pembaca Giler Deco.