DIY Lampu Aiskrim Hanya Dari Kotak Terpakai Sahaja

4,351 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau anda semua mempunyai kotak besar yang tidak digunakan ataupun kotak terpakai, seeloknya jangan buang. Kerana anda mungkin boleh menggunakannya untuk melakukan DIY lampu yang berbentuk aiskrim yang dilakukan oleh Nani Idayu ini.

Beliau telah melakukan satu diy lampu aiskrim yang hanya menggunakan bahan daripada kotak sahaja. Hasil diy tersebut telah dikongsikan didalam grup Facebook Kelab Dekorasi IKEA Malaysia dan ia mendapat sambutan yang sangat hebat.

Nani Idayu telah kongsikan bagaimana beliau membuat DIY ini dan bahan-bahan yang diperlukan. Jadi, kepada anda yang ingin melalukan diy bersama-sama dengan anak, boleh cuba lakukannya. Jom kita tengok perkongsian daripada Nani Idayu ini.

DIY Lampu Aiskrim Hanya Dari Kotak Terpakai Sahaja

Assalamualaikum, saja share haritu group members KDIM ada request nak tengok saya diy lampu aiskrim tu, saya guna kotak kotak Ikea, sebab beli perabot ikea.

Nak elakkan diri jadi hoarders guna balik kotak2 tu buatla apa pun. saya suka lampu jadi terus ambil kotak dan potong tempat lampu, keterangan pada setiap gambar.

Proses Membuat DIY Lampu Aiskrim

1. Ini dia kotak ikea yang besar, kualiti cantik dan tebal kotaknya. Sangat sayang nak buang, boleh simpan kotak macam ni untuk buat projek sekolah anak senang.

2. Lukis aiskrim atas kotak, potong 2 keping untuk base dan gam. Gam saya guna glue gun, lepastu belakang saya letak tulang gitu bagi kukuh sikit dan juga untuk bagi ada gap antara lampu dengan dinding.

DIY Lampu Aiskrim

3. Ni tambah sedikit lagi board untuk nampak aiskrim macam dah kena gigit.

DIY Lampu Aiskrim

4. Belakang board lekatkan led strip light dari shopee atau kedai lampu, guna yang pendek, saya guna yang ada dirumah ni panjang sikit

5. Lepastu colorkan, saya guna jenama buncho. Ada jugak saya balut dengan foam sheet berwarna nampak kemas sikit

DIY Lampu Aiskrim

6. Dah siap beginilah rupanya.

7. Yang ni pula aiskrim sundae pula. Potong untuk base 2 keping juga, lepastu gam dengan glue gun, lepastu warna ikut citarasa sendiri.

8. Dah lekat gam semua siap warna boleh tebuk kotak masukkan lampu ni, lampu ni jenis bateri beli dari kedai mr diy.

9. Ni dari bahagian depan lampu, gam setiap bulb lampu di kedudukannya, lampu ni rgb.

DIY Lampu Aiskrim

10. Dah siap, boleh gantung dan gam tempat on switch tu.

DIY Lampu Aiskrim
DIY Lampu Aiskrim

Sumber : Nani Idayu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down