DIY Lampu Dinding Ala-Ala "Nanoleaf" Yang Cantik

2,332 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah dengar tak akan lampu dinding "Nanoleaf" yang viral dan cantik ini? Ia merupakan lampu led yang terdiri pelbagai bentuk dan terdapat pelbagai warna sedia ada. Ia sangat sesuai diletakkan didalam bilik gaming kerana ia menyerlahkan lagi suasana bilik tersebut. Jika hendak beli namun harga nya sangat mahal jadi apa kata DIY sahaja lampu dinding nanoleaf ini.

Pemuda yang bernama Firdaus Adnan ini berkongsikan beberapa cara untuk melakukan diy lampu nanoleaf yang senang dan murah. Anda hanya memerlukan beberapa kotak terpakai, foil aluminium dan juga RGB Led Strip untuk warna-warna yang menyerlahkan bilik anda. Jom kita tengok cara-cara dan juga hasil akhir DIY Lampu Dinding ala-ala "nanoleaf" ini.

Cara Untuk Melakukan DIY Lampu Dinding ala-ala "Nanoleaf" Untuk Bilik Gaming Anda

Since ada yang tanya lampu dinding ala2 nanoleaf tu buat macam mana, saya buat menggunakan kotak terpakai, aluminium foil, pinggan plastik pakai buang dan rgb led strip 5050 5 meter (saya guna 12V 4pin).

Cara control LED strip? Saya guna LED splitter connect daripada motherboard 4pin 12v rgb and joint connection dengan led strip dekat meja + dekat nanoleaf. So, led strip dicontrol menggunakan software dalam pc tu

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • Aluminium Foil
  • RGB LED Strip
  • Kota Terpakai
  • Pinggan Plastik Pakai Buang

Proses Membuat Lampu Dinding "Nanoleaf" Yang Cantik

1. Proses dimulakan dengan melakukan bentuk Hexagon pada kotak terpakai tersebut.

DIY Lampu Dinding

2. Lakukan mengikut patten kesukaaan anda.

3. Lepas tu, lakukan pula bentuk hexagon pada pinggan pakai buang tersebut dan pastikan masukkan sekali dalam dalam kotak tersebut.

DIY Lampu Dinding

4. Masukkan rgb led strip kedalam hexagon tersebut.

Hasil Akhir DIY Lampu Dinding "Nanoleaf" Ini

DIY Lampu Dinding

Dekat youtube pun ada tutorial nak buat diy nanoleaf ni. Boleh search “diy nanoleaf”.

Link untuk tutorial diy nanoleaf ini - https://youtu.be/cApzqYYVbwo

Sumber : Firdaus Adnan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down