Wanita Kongsi Cara Untuk DIY Pasang Rumput Karpet Tiruan

110,398 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Sekarang sedang hangat viral tentang rumput karpet tiruan ini. Rumput tiruan ini sangat sesuai untuk dilakukan dekorasi-dekorasi rumah terutamanya untuk "outdoor decoration". Selain itu, rumput tiruan ini juga banyak digunakan sebagai rumput dikeliling rumah kerana ia menampakkan lebih cantik.

Melalui perkongsian daripada Shukor Linda ini, beliau telah berkongsikan cara untuk DIY pasang rumput karpet tiruan dilaman sesawang Facebook. Ia sebahagian daripada projek ketika berada didalam PKP ini. Beliau menyatakan bahawa cara pemasangan karpet ini berdasarkan daripada Youtube.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bahan yang diperlukan dan juga cara yang betul untuk DIY pasang karpet tiruan ini. Hasil akhir juga akan ditunjukkan pada akhir artikel ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Ini Kongsi Cara Untuk DIY Pasang Rumput Karpet Tiruan Dengan Mudah & Senang

DIY - Do It Yourself - Buat Sendiri. Projek PKP . Pasang Rumput tiruan. Blh jimatkan kos. Cara pemasangan tgk youtube. Seeloknya ukur dulu keluasan tanah sblm beli rumput. Smga memberi inspirasi kpd semua utk buat DIY.

Beliau kongsikan hasil tersebut didalam grup " Kelab Kaki Deko" dan stakat ini, perkongsian tersebut mendapat Likes sebanyak 1.2k dan 450 komen daripada ahli grup tersebut.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Rumput Karpet Tiruan

35MM - LINK DISINI

2. Penutup Tanah Bumi 

1.2 Meter x 20 Meter - LINK DISINI

1.2 Meter - LINK DISINI

3. Gam Rumput Tiruan ( LINK DISINI )

CARA UNTUK DIY RUMPUT KARPET

1)  Beli 1 gulung saiz 2m x 25m ikut keluasan tanah (beli kat shopee)

2) Buang rumput dulu dan buang tanah merah sikit

rumput karpet

3) Letak plastik hitam (pelapik bumi) (beli kat shopee). Tujuan plastik hitam ini adalah untuk tak nak bagi rumput tumbuh apabila proses gulung karpet tersebut dilakukan.

rumput karpet

4) Letak pasir dan ratakan

rumput karpet

5) pasir yang telah diratakan

6) Gulungkan rumput yang dibeli

rumput karpet

HASIL DIY KARPET RUMPUT

Tadaaaa!!! Nilaaaa hasilnya. Lepas sahaja gulung rumput tu, letakkan gam rumput dibawah agar ia tidak akan tercabut. Ia akan melekat dengan kuat.

rumput karpet

Sumber : Shukor Linda 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down