DIY Membuat Pampas Hanya Daripada Penyapu Sahaja

6,089 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selalunya dekorasi rumah yang cantik dan menarik mampu menaikkan lagi kecantikkan dan keserian rumah. Kini, dekorasi yang bertemakan tumbuh-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan dekorasi yang menarik.

Salah satu dekorasi rumah tumbuh-tumbuhan yang sangat underrated ataupun kurang mendapat sambutan ini dipanggil dekorasi pampas. Hanya peminat dekorasi tumbuh-tumbuhan sahaja yang tahu apa itu dekorasi pampas ini.

Pampas ini bukan sahaja dipakai dan digunakan untuk hiasan rumah. Namun, ia juga selalu digunakan untuk menghiaskan pelamin agar nampak cantik. Jadi, apa kata anda DIY membuat pampas sahaja hanya daripada penyapu sahaja.

DIY Membuat Pampas Hanya Dari Penyapu Sahaja

DIY Pampas sahaja untuk hiasan rumah yang cantik dan menarik. Modal hanya RM2 sahaja. Senang dan cepat untuk dilakukan.

Melalui video Tiktok yang dikongsikan oleh @irdiebell ini, kini anda hanya memerlukan modal sebanyak RM2 sahaja untuk DIY membuat pampas ini. Sangat senang dan cepat untuk dilakukan. Tidak perlulah untuk mengeluarkan duit yang banyak hanya untuk membuat pampas ini.

Jom kita ikuti langkah yang mudah dalam video di bawah.

Video tiktok daripada @irdiebell ini telah pun ditonton sebanyak 591.3k oleh penonton tiktok yang lain. Selain tontonan yang banyak, kini like untuk video tersebut sudah pun mencecah hampir 67k likes. Woww! Sangat menakjubkan.

Sedikit tips kepada sesiapa yang ingin DIY pampas ini, pastikan anda menggunakan clear spray untuk mengelakkan pampas yang dibuat daripada berhabuk.

Sumber : Tiktok @irdeibell

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down