DIY Mini Playhouse Yang Cantik Untuk Anak Kecil Bermain

890 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tidak bosankan apabila terpaksa dan asyik kena berada didalam rumah sahaja diwaktu PKP ini. Kalau orang dewasa yang boleh keluar rasa bosan, anak-anak dirumah yang tidak boleh keluar lagilah akan rasa bosan. Kadang-kadang kesian bila fikirkan balik.

Disebabkan terlampau bosan, anak-anak kepada Sadiqin Sulong meminta untuk membuat sebuah playhouse yang cantik untuk dijadikan tempat bermain. Sadiqin yang mengerti akan permintaan tersebut, tidak membuang masa terus melakukan diy mini playhouse untuk anak-anaknya.

DIY tersebut tidaklah rumit sangat dan cara untuk membuatnya juga senang dan mudah. Dalam masa sehari sahaja dah siap dah kalau buat tanpa berhenti. Jadi, untuk melihat diy mini playhouse ini dilakukan, jom kita tengok perkongsian daripada Sadiqin Sulong ini.

Lelaki Ini Melakukan DIY Mini Playhouse Atas Permintaan Daripada Anak Kesayangan

Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.

Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.

Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.

Semoga bermanfaat guys!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses Membuat DIY Mini Playhouse Yang Cantik

Buat rangka dengan kayu 2x2. Lebar 4 kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.

DIY Mini Playhouse

Pasang plywood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet buat tutup bahagian atas dinding.

DIY Mini Playhouse

Undercoat bahagian yang perlu cat untuk memudahkan urusan cat dan hasil yang lebih kemas.

Pasang shera plank hasil lebihan buat stor kat belakang. Overlap 20mm antara dua keping shera.

DIY Mini Playhouse

Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.

Susun atap genting dan lapik bata untuk jaga kaki tiang. Last minit tambah lebihan shera plank acah-acah papan manis. Alhamdulillah dah siap satu playhouse.

DIY Mini Playhouse

Sumber : Sadiqin Sulong

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down