Projek DIY Pagar Rumah Ala Lukisan Kertas

14,494 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pada zaman moden yang membangun ini, penghasilan ubahsuai atau projek bertukang secara DIY sudah menjadi kelaziman buat pemilik rumah tidak kira peringkat umur.

Hal ini kerana, dengan melakukannya secara DIY, kos yang dikeluarkan lebih jimat dan dapat dilakukan mengikut citarasa sendiri. Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama HibiScus SaLju. Beliau telah menghasilkan projek DIY pagar rumah yang cukup kreatif dan menarik.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan projek DIY yang menarik ini.

Projek DIY pagar rumah. Yeay! boleh la untuk OOTD nanti.


Tema: Sejuk-sejuk Cameron Highland

Bahagian pagar rumah setelah siap dibina. Selepas itu, proses mengecat dilakukan dengan menggunakan cat putih.

Projek DIY Pagar Rumah

Setelah selesai disapu dengan cat putih. Seterusnya pula adalah dengan membuat garisan hitam dicelah-celah lurah susunan bata tersebut.

Projek DIY Pagar Rumah

Proses-proses membuat garisan tersebut diteruskan lagi pada bahagian sebelah kiri pula.

Projek DIY Pagar Rumah

Beliau melakukan dengan tekun dan gigih supaya hasil yang diperoleh kemas dan menarik.

Projek DIY Pagar Rumah

Kerja DIY ini dilakukan sehingga hari senja.

Projek DIY Pagar Rumah
Projek DIY Pagar Rumah

Akhirnya, kerja menyapu cat telah selesai dilakukan. Sampai ke waktu malam proses ini dilakukan. Syabas diucapkan kepada pemilik rumah ini kerana berjaya melakukan projek DIY pagar dengan kreatif dan menarik.

Projek DIY Pagar Rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan inspirasi untuk melakukan dekorasi pada pagar rumah.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down