Makeover Almari Oldskool Bajet Hanya RM29 Sahaja

3,946 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa yang ada almari lama ataupun orang panggil almari lejen tu boleh lah lakukan makeover macam yang dilakukan oleh Diera Abdullah ini. Beliau ni membeli almari lejen yang lama dengan harga RM199 dari sebuah kedai perabot.

Disebabkan almari tersebut kelihatan kosong dan kayu, muncul idea untuk mengubah almari tersebut dari kelihatan kosong kepada gaya moden ada warna yang cantik. Semuanya bermula dengan baik sahaja sehingga Diera melakukan sedikit kesilapan sahaja yang mengubah keseluruhan almari tersebut.

Nak tahu apa silap beliau? Jom kita tengok dahulu proses-proses makeover almari oldskool yang dilakukan ini dengan berbekalkan bajet hanya RM29 sahaja.

Projek Makeover Almari Oldskool Dengan Berbekalkan Bajet RM29 Sahaja

MODAL SERENDAH RM28.50 Jeeee UNTUK MAKEOVER ALMARI OLDSKOOL KE WARNA VIRAL

Misi kedua kita sebelum dak suami balik. Kali ni abam perabot tu payung kite gambar lemari oldskool ni. Ya ampun, kita memang suka sangat lemari² vintage macamni. Mungkin pada sesetengah orang rasa lemari ni dah buruk, old fashion, dah hukum buang, silap² dalam hati cakap tak mampu ke beli baru.

Eh eh sedap je mulut tu ehhh. Ingat kite minta ke kedai ni. Guna duit juga wak bukan kite kutip tepi sampah tapi kite tak kisah pun apa orang cakap. Yang kita tahu lemari ni ade kenangan yang bermakna pada kite. Value dia dimata kita sangat tinggi. Ehh panjang mukadimah kite. Kali ni kita buat silap sebab nak sangat ikut colour viral² ni. Kita dah rasa menyesal. Jumlah kite cite kat gambar.

Saya edit sikit ya. Effect gambar saya nampak lain dari gambar real sebenarnya. Bukan pemilihan hijau emerald yang salah. Kalau tengok real² warna dia sedikt gelap.

Dari Almari Lama Diberikan Warna Yang Baharu Hanya RM29 Sahaja

Ni gambar 1st kedai tu bagi kita. Tengok sekali dah suka RM199 je ni. Murah gilekan. Dahla besar, banyak laci² ni memang kite nyesal kalau tak beli. Pagi transfer petang sampai dah. Alhamdullilah kita dapat condition 7/10 cuma kunci pintu kiri tu je tak boleh dah yang lain ok. Almari ni jenis berat.

Makeover Almari Oldskool

Luas kan. Almari macam ni la dulu kecik² kita main nyorok². Bawah lacilaa, dalam lemarilah. Itu dululaaa, sekarang kalau suh nyorok mampuiii bolos almari ni wak.

Makeover Almari Oldskool

Betul² sampai depan pintu bilik kita dah dorang hantar. Mesti abang driver tu pelik dah kenapa akak ni beli almari camni. Dia punye dapat kunci mengalahkan dapat kunci rumah baru. Bila tengok pada keychain dia rasa² almari ni 10-15 tahun kot.

Macam biasa kita bersihkan siap² dan lap² dalam laci.

Kita ni macam biasala. Bab warna ni pening tau sebab nak pilih. So sebabkan haritu ada beli cat putih. Kita ambil keputusan cat putih je. Tak sabar wehhhh.

Jangan lupa masking tape ni. Untuk solotep tepi² cermin kalau tak nak pakai pun takpe.

Nilaaa hasil pertama. Setelah 5 jam pagi esknya kering. Malam sebelum nak tido kita dok scroll lagi nampak hijau viral tu lalu² kat wall kita. Hati kita gundah gulana wak. Rasa nak cepat siang. Kenapa rasa putih tak ok. Ke kite yang menyibuk nak ikut warna viral tu.

Makeover Almari Oldskool

Bangun pagi tengok lagi rasa macam nak tukar kepada warna hijau.

Makeover Almari Oldskool

Memang tak puas hati bila bangun pagi. Cepat² keluar rumah cari hardware. Banyak hardware tutup sebab cuti birtday agong. So satu je ade yang buka. Dia bagi kita brand TPM. Tak kisahla janji warna tu sama dengan warna viral tu.

Taraaaaa. 3jam siap. Susah nak ambil gambar almari ni sebab nak bagi nampak warna real mau berpuluh kita snap. Ni bahagian dalam dia, luar dalam kita cat.

Makeover Almari Oldskool

Paling legend cermin ni kat dalam ni.

Ni hasilnya bila nak sangat warna viral tu. Jauh kat sudut hati kite rasa nyesal sangat sebab warna ni tak sesuai untuk almari macamni. Maybe lebih sesuai untuk cabinet kasut, tv. Bagi yang suka warna² soft amat tidak digalakkan.

Sakit mata kita wak bile kita tanye kawan² kebanyakkan cakap putih lagi santek.Hurmmm kita tengah pikir macamna nak cantikkan lemari ni. Samada lukis border dengan cat gold atau kita cat warna semula warna soft2.

Makeover Almari Oldskool

Kredit : Diera Abdullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down