Ingin melakukan DIY water fountain dirumah namun tiada bahan-bahan yang mencukupi? Jangan risau kerana dengan hanya menggunakan kotak gabus sahaja anda boleh melakukan DIY pancutan air yang cantik macam dilakukan oleh احمد ذوالحفظ.
Perkongsian daripada احمد ذوالحفظ ini mampu menolong anda membuatkan sebuah diy pancutan air yang cantik dirumah. Dengan beberapa bahan yang diperlukan seperti dinyatakan oleh احمد ذوالحفظ , anda mampu membuatnya dirumah tanpa bantuan orang lain.
DIY water fountain cara jimat~
1. Kotak gabus 2 x rm8, beli yang 2nd, untuk waterfall pkai gabus2 terpakai je.
2. Semen rm18 untuk 50kg, separuh paket dah cukup
3. Playwood guna yang balance renovate rumah
4. Pipe dan elbow untuk drain dan overflow rm2.00
5. Gam silicone rm7.00 beli kt diy
6. Dawai besi pakai yang balance renovate rumah gak
7. Pump untuk filter pakai pump akuarium
Dah siap bela ikan hiasan, cantik plak dia membiak dalam tu.
Proses Membuat DIY Pancutan Air Yang Cantik Dari Kotak Gabus
Kotak polisterin beli yang 2nd hand,jumpa dalam facebook dengan harga rm8 satu, pakai 2 je.
Dah siap cantum pakai gam silicon dan ikat pkai dawai besi untuk lebih kuat lagi. Buat water test sehari untuk check kebocoran.
Semen pakai berus cat je untuk lapisan pertama, buat beberape layer smpai jadi tebal dah kuat. Boleh masukan dawai kat lantai bagi kuat lagi Pasang overflow dengan drain senang untuk maintenance nanti.
Bahagian bawah lapik dengan playwood, senang nak angkat nanti. Bahagian waterfall boleh design ikut kreativiti sendiri guna polisterin terpakai.
Dah siap cat semua, rendam batang pisang untuk hilangkan toksik simen. Saya rendam seminggu.
Dah siap, letak pokok hiasan dan pasang waterpump. Saya letak pokok pandan, senang wife nak buat kuih pakai daun pandan. Lagipun, pandan hidup subur dalam air, dan akar dia boleh buat air jadi jernih.
Sumber : احمد ذوالحفظ