DIY Pantri Mini Menggunakan Barang-Barang Ikea Sahaja!

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pantri di ruang rumah atau pejabat tidak perlu menggunakan barang-barang mahal untuk nampak cantik dan elegan. Jika anda mempunyai bajet yang terhad untuk mendekorasi pantri mini rumah anda, anda boleh sahaja menghias pantri mini dengan barang-barang Ikea. Selain lebih murah, hasilnya juga setanding seperti menggunakan perkakasan mewah.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Nur Amani Abd Rani . Jom kita ikuti.

PKP nak panggil tukang tak boleh, kodek-kodek pinterest dapat idea guna rak IKEA sahaja
Jimat teruk.

 

Menurut beliau, dekorasi menggunakan barang-barang Ikea memang berbaloi dan menjimatkan. Berikut merupakan senarai barang-barang yang beliau gunakan.

Barang-barang yang digunakan

1. Rak
2. Balang jar(bulat)
3. Balang jar(petak)
4. Basket storage
5. Balang airtight
6. Balang kaca

Barang-barang yang digunakan boleh dibeli di IKEA sahaja. Klik di sini untuk beli di Shopee IKEA.

Balang bulat dan petak untuk meletakkan rempah-rempah dan makanan bertin.

Balang-balang bulat dan petak yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan.

Balang-balang comel ni boleh digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan di dapur ini. Selain nampak lebih kemas, tidak dinafikan ianya juga memang sedap mata memandang.

Foto sebelum proses dekorasi pantri mini menggunakan barang-barang IKEA.

Foto selepas proses dekorasi pantri mini menggunakan barang-barang IKEA.

Cantik dan nampak simple kan dekorasi pantri mini dengan barang-barang Ikea ni. Kepada yang sedang mencari idea dan inspirasi ruang pantri rumah anda, boleh lah cuba idea dekorasi ini. DIY je!

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down