Meja Lama IKEA Hampir 8 Tahun Diberikan Wajah Baharu

0 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Setiap rumah ni memang komfirm akan ada satu atau dua perabot yang kita akan gunakan dengan masa yang lama. Ada yang hampir 5 tahun, 8 tahun dan sebagainya. Namun, macam anda tahu perabot yang lama digunakan akan kelihatan uzur sebab faktor telah lama digunakan.

Sesetengah orang ambil inisiatif untuk membuangnya daripada membaikpulih perabit tersebut. Namun tidak pada Che Puteh Osman ini. Beliau kongsikan bagaimana beliau melakukan sedikit touch up pada meja lama ikea beliau yang sudah pun digunakan hampir 8 tahun.

Jom kita melihat bagaimana diy baikpulih meja lama ikea ini dilakukan oleh Che Puteh Osman ini.

Meja Lama Ikea Lack Diberikan Wajah Baharu Setelah Hampir 8 Tahun Digunakan

Projek cari penyakit versi tak ingat ke berapa dah.

Minggu lepas saya cuba nak beri wajah baru pada meja sisi Lack yang saya beli dari IKEA hampir 8 tahun lalu. Mejanya pun dah tak berapa elok. Saya godek-godek kain lama, ada lebihan kain yang saya guna dulu. Beli paku payung dan span untuk perabot. Lebih tebal dan kenyal banding span biasa.

Bolehlah ‘repurpose’ semula meja ini.

Dari Meja Yang Lama Kini Berwajah Baharu Setelah Hampir 8 Tahun

Inilah dia sedikit bahan-bahan untuk lakukan sedikit touchup pada meja lama ni. Ada sponge, kain dan juga meja ikea lack yang dah lama.

Meja Lama Ikea

Kaki kerusi ikea tu cabut dulu kalau nak pasangkan sponge dan kain yang baharu.

Susun elok-elok dulu bagi betul-betul nak letakkan alas dan sponge tersebut.

Meja Lama Ikea

Lepastu, pakukan meja.

Dah settle paku tu, tinggal nak buang lebihan jer kat bucu tu.

Dah settle kemaskan bucu ni. Skang semua dah complete.

Meja Lama Ikea

Ini dia hasil meja lama ikea yang di touchup menjadi cantik semula. Bolehlah guna semula daripada buang macam tu jer.

Meja Lama Ikea

Kredit : Che Puteh Osman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down