DIY Pathway Simen Cara Mudah Pada Bahagian Halaman Rumah

348 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ramai yang mencari cara untuk membuat laluan jalan kaki ataupun pathway bersimen yang ada corak cantik macam kat taman-taman permainan. Tahukah cara untuk membuat pathway simen tu senang jer caranya?

Anda boleh membuat DIY pathway simen ini dengan beberapa bahan utama sahaja antaranya ialah alat corak dan juga simen. Yang bestnya adalah proses diy ini boleh dilakukan sorang diri sahaja. Maknanya ibu kat rumah pun boleh buat tanpa tunggu si suami.

Perkongsian daripada Nurul Izyan menunjukkan proses beliau ini membuat diy pathway simen ini seorang diri sahaja. Walaupun makan masa sedikit nak buat namun hasil akhirnya sungguh menjadi.

Cara Mudah Untuk Membuat DIY Pathway Simen Pada Bahagian Halaman Rumah

DIY pathway guna acuan (garden/pathway mould).

Baru-baru ni ada orang bertanya tentang acuan ni. Dah lama plan nak buat. Jadi masa PKP lepas cuba buat. Kebetulan dapat simen free. Harga acuan tu saya beli online RM 30, size 50cm x50cm x 4.5cm tinggi. Agak tebal dan kemas buatannya.

Ratio bancuhan saya tak pandai sangat. Tapi buat dalam 1 simen utk 3 pasir kasar. Maksudnya contoh 1 (baldi kecik) simen guna 3 (baldi kecik) pasir kasar. Air agak2 jgn kering atau basah sgt. Harap betullah. Tak perlu beli banyak acuan. Tunggu dalam 5 minit agak2 dh ok untuk cabut dan boleh buat kat sebelah dia.

Bagi saya, sangat berbaloi. Cuma sakit badan jelah sebab saya bancuh pun dalam baldi, sbb takde tempat dan masih beginner la org kata. Haha. Semua buat sendiri daripada korek tanah sampai la jadi kejadiannya begini. Last skali buh la batu2 kecik dekat tepi pathway ni supaya nampak lebih bergaya. Selamat mencuba

Langkah Demi Langkah Untuk Membuat DIY Pathway Simen Ini

Korek sampai level yang kita nak. Letak la pasir sebagai base dia.

Test2. Untuk pastikan tak berombak kita punya pathway tu. Boleh guna benda ni.

DIY Pathway Simen
DIY Pathway Simen

Ada jer yang sibuk nak tolong. Tolong letakkan tapak kakinya kat simen.

Buat separuh2, pastu penat. Sambung hari lain. Tu yang warna lain. Satu kering satu masih basah.

DIY Pathway Simen

Hujung tu bagi slope sikit. Supaya kalau ada motor ke nak lalu senang. Pastikan juga ada laluan air supaya tak banjir di kemudian hari.

Ya ladies, you also can do it!

Since ramai yang tanya. Boleh cari perkataan garden pavement maker mould/pathway mould. Kalau nak cepat amik seller local. Tapi salunya mahal sikit la macam saya beli ni.

Kredit : Nurul Izyan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down