Lagi beberapa hari seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Dahulu kala, orang ramai akan menyalakan pelita bagi memeriahkan suasana pada malam raya.
Walau bagaimanapun, tradisi ini semakin dilupakan disebabkan oleh kesibukan dalam melaksanakan tugas harian. Namun begitu, tak ada masa untuk mencari buluh atau membeli minyak tanah bukan lagi suatu alasan.
Hal ini demikian kerana pelita raya juga dapat dibuat sendiri menggunakan bahan yang ada di dalam rumah sahaja. Tidak percaya? Jom sama-sama kita saksikan perkongsian daripada Fadil Dil mengenai pelita raya homemade yang dilakukannya. Sangat cantik dan mempersonakan.
Bahan-bahan:
Langkah-langkah Buat Pelita Raya
1.Isi air paip di dalam jug.
2. Letakkan pewarna supaya nampak lebih cantik.
3. Isikan larutan air dan pewarna tadi ke dalam bekas kecil. Nak isi dalam cawan kaca pun boleh.
4. Kemudian tuang minyak ke dalam bekas tadi. Jangan tuang sampai melimpah keluar dari bekas ye. Korang nak guna minyak masak terpakai pun boleh.
5.Letakkan pelapik berbentuk bunga di atas lapisan minyak tadi.
6. Dah boleh letakkan sumbu di atas pelapik berbentuk bunga. Sumbu tu kalau korang nak pakai tali mop atau tisu pun boleh.
7. Nyalakan pelita and done!
Pergh! Memang cun teruk hasil dia. Mudah je kan nak buat pelita raya ni. Daripada membazir duit beli yang dekat pasaraya tu, baik buat sendiri je.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai pelita raya homemade yang sangat mudah dan yang paling penting jimat! Semoga perkongsian ini dapat membantu korang dalam menghasilkan dekorasi raya yang cantik dengan modal yang rendah.
Sumber: @fadildil12 (Tik Tok)