DIY Pintu Sliding Untuk Dapur Table Top Yang Simple

1,435 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau zaman dahulu, kebanyakkan dapur rumah pada zaman tersebut wajib akan ada satu ruang besar dibawah untuk tujuan meletakkan pelbagai barangan dapur dibawah. Nak tutup bahagian bawah tu, semestinya hanya menggunakan langsir sahaja kan?

Namun, berbeza dengan zaman sekarang kerana zaman moden ni anda boleh melakukan satu DIY pintu sliding yang simple bermodalkan dibawah RM100 sahaja. Nak tutup bahagian bawah tersebut memang senang.

Perkongsian daripada Sanggar Bayu ini akan menunjukkan kepada anda cara-cara untuk melakukan DIY pintu sliding dan beberapa bahan yang diperlukan. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Cara Untuk Melakukan DIY Pintu Sliding Untuk Dapur Bermodalkan Dibawah RM100 Sahaja

Projek PKPB anak beranak.

Dulu2 pakai langsir je untuk tutup bawah table top. Tapi manjang jadi sakit hati sebab velcro tape yang digunakan untuk langsir asyik la tercabut. So baru2 ni dapat idea nak DIY sesimple yang boleh pintu slide utk bawah table top ni. Tapi memandangkan kepakaran kurang, modal kurang, equipment pon kurang jadi la pintu slide 'janji hado' ni. Hehehe. Bole la buat sementara ni. Ade rezeki pasang kitchen cabinet kemudian.

Barang2 yang saya gunakan hanya aluminium, playwood, gam, pemegang dan wallpaper eco rm2. Total modal tak abis rm100 pon.

Bahana-Bahan Yang Diperlukan

Proses Untuk Melakukan DIY Pintu Sliding Modal RM100

Sebelum beli ukur btol2 so senang mintak kedai potong siap-siap. Besi ni harga RM35 untuk jumlah 14 kaki. Pasang pada bahagian atas dan bawah.

Playwood 6mm. Kene ukur siap-siap. Nanti bole bagi ukuran untuk potong kat hardware.

DIY Pintu Sliding

Pemegang ni boleh dapatkan di kedai ECO namun nak lebih cantik boleh beli di Shopee untuk pelbagai design yang menarik.

Gam ni sangat kuat. Kedai hardware yang recomend. Lekat batang aluminium dekat table top guna gam ni je.

Hasil Akhir DIY Sliding Door Yang Dilakukan

Alhamdulillah. Siap juga akhirnya pintu sliding yang seberapa ini. Boleh digunakan untuk sementara waktu ini sebelum menukarkan kepada sliding door yang lebih mahal.

DIY Pintu Sliding
DIY Pintu Sliding

Kredit : Sanggar Bayu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down