Siapa je yang suka kalau privasi di rumah terdedah akibat pagar rumah tersebut sangatlah terbuka. Nak buat apa-apa pun mesti fikir dua kali, kan? Jadi, solusinya ialah dengan melakukan sebuah DIY privacy gate seperti yang dilakukan Khairil Azaham Aris.
Beliau melakukan projek DIY privacy gate dengan menggunakan papan plank yang biasa dilakukan untuk lakukan pagar privasi. Jika anda ingin melihat hasil sebelum dan selepas pagar ini dilakukan, jom kita lihat perkongsian yang dikongsikan oleh Khairil Azaham Aris ini.
Kerje DIY 2 hari lepas sesi mco 2.0. Buat pakai papan plank (urat) lebihan dinding rumah dulu. Plank ni panjang 12ft jadi nak sesuaikan tinggi pagar 51 inci dapat 2 keping je sepapan tu.
Welding besi alang 1x1inch belakang tu untuk skru. Pagar hijau asal tak buang. Tindihkan je terus. Siap cat putih.
Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini
Proses Untuk Melakukan DIY Privacy Gate Ini
Kalau ada pagar hijau macam ni, elok cat dulu depan belakang sebelum gantung nanti payah dah nak cat belakang.
Untuk potong papan planking ni pakai grinder je tapi pakai mata potong tiles. Hati-hati jangan kena tangan sudah.
Ramai tanya apa fungsi lubang bawah tu. Itu lubang untuk baca meter air.
Besi 1x1 tu welding ke tiang asal pagar. Pagar hijau asal tak buang pun. Sayang rasa nak cabut, jadi kita tindih terus.
Pakai skru besi camni ekor die pipih. Sebab tindih pagar hijau jadi pakai yang panjang sikit 1 1/2 inci. Kalau 1 inci tak sampai. Kalau 2 inci nanti besi tu tembus sampai belakang. Tak cun nnti karat belakang.
Sangat jimat dan berbaloi. Privasi di dalam rumah pun lebih terjaga. Kalau anda ingin lakukan seperti beliau, boleh cuba DIY privacy gate sendiri tanpa perlu upah orang lain. Semoga bermanfaat!
Sumber : Khairil Azaham Aris