Bercakap mengenai tudung, ia merupakan sesuatu yang wajib dipakai untuk menutup aurat bagi kaum hawa. Jadi, tudung zaman sekarang terdapat pelbagai jenis bentuk dan jenama. Ia juga antara koleksi yang paling banyak dikumpul oleh wanita. Maklumlaa, fesyen kan. Huhuhu.
Namun, apabila terlampau banyak tudung, ia menjadi masalah kepada kaum hawa jika tiada ruang untuk menyimpannya. Buat para kaum hawa disana, jangan risau kerana perkongsian daripada Sahfiq Abdul Hamid ini mampu memberikan penyelesaian kepada anda.
Beliau telah membuat satu rak almari simpan tudung secara DIY sahaja dengan hanya menggunakan paip PVC sahaja. Satu rak almari tersebut mampu letak hampir 50 helai tudung. Pasti ini merupakan idaman para kaum hawa kan? Jom kita tengok perkongsian beliau tersebut.
Projek buat almari tudung. Terbaik idea ni 😍
Saiz paip pvc putih 4 inci.. boleh lah try buat
1) Playwood 12mm
2) Gam
3) Paku
4) Paip PVC Putih 4 inci
1) Membuat Rak Almari
Gunakan playwood 12mm dan buatkan bentuk macam rak almari.
2) Membuat susunan paip PVC
Potong paip pvc seperti gambar diatas. Anda bebas untuk membuat beberapa slot yang anda inginkan mengikut citarasa anda. Pastikan anda menggunakan gam yang lekat dengan kuat untuk lekatkan paip tersebut.
Tadaaa!!!!!! Ini dia hasilnya. Hasil rak ini sangat cantik dan simple jer. Kaum hawa bolehlah suruh suami atau anda sendiri melakukannya secara DIY dirumah anda. Diharap ini dapat menambahkan lagi ilmu DIY anda semua. Semoga bermanfaat semua.
Sumber : Shafiq Abdul Hamid
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- DIY Meja Kayu Lama Kepada Meja Marble Yang Mahal Menggunakan Wallpaper Sahaja