Geram je bila pakai rak jenis besi dekat bilik air ni, asyik berkarat je. Baru je pakai 2,3 bulan terus berkarat.
Jadi, sebab benda ni selalu berulang, malas nak cakap banyak terus cari kayu pallet untuk tukar rak tu.
Jom kita lihat bagaimana lelaki ini hasilkan DIY rak bilik air ini.
Ada masa lapang, kita kerat kayu. Kali ni serabut dengan rak bilik air punya pasal, maka terhasil la projek syok sendiri.
Modal tak banyak, cuma beli gam kayu, varnish dan screw. Kayu pallet kutip orang buang tepi jalan, alatan-alatan lain memang dah ada sikit-sikit.
Shelf ini dibeli dari Mr. DIY, pakai tak sampai 4 bulan, mereput sampai macam itu. Geram punya pasal, kita kutip kayu pallet ganti rak yang sudah rosak ini.
Potong kayu ukuran panjang 17 x lebar 3. (Lebar pallet tu memang 3") Potong 2 keping.
Potong 3 keping kayu ukuran panjang 8, yang ini kayu dia lebar 4. Sebenarnya terlebih potong ni, nak pakai 2 keping sahaja.
Yang ini kayu pecah dari umpil pallet, potong ukuran panjang 17.
Inilah dia hasil potongan kayu-kayu kita dekat atas tadi.
Mula-mula cantumkan kayu (17" x 3") yang kita potong tadi, kita jadikan sekeping besar (17" x 6").
Kali ini gunakan teknik cantuman dowel. Alat warna kuning itu guna untuk hasilkan lubang bagi cantuman dowel (Beli dekat Shopee sahaja)
Bila lubang sudah tebuk pada kedua-dua bahagian sisi kayu, kita sapu gam dan masukkan dowel (Guna dowel saiz 8mm).
Cantumkan kayu tadi, clamp supaya rapat. Clamp baru beli 1, jadi, kita posisikan dekat tengah. Seeloknya kalau ada 2, boleh kepit kiri dan kanan.
Ini adalah sesi menggosok kayu supaya licin, penuh habuk satu badan.
Kayu 8" x 4" tadi kita buatkan longkang, ada juga yang panggil housing join (boleh refer yang lebih pakar). Jarak dari atas kayu itu lebih kurang 2".
Kegunaan longkang ini untuk kita masukkan kayu yang sudah dicantum mula-mula tadi (17" x 6"), part cantuman dekat longkang lupa pulak nak ambil gambar.
Inilah kayu pecah hasil umpilan tak reti nak bersabar tadi, kita licinkan dia, potong ukuran 17". Kemudian kita tebuk lubang dan masukkan dowel.
Inilah keadaan apabila sudah cantumkan semua bahagian-bahagian kayu yang kita buat sebelum ini.
Apabila sudah siap, kita sapu varnish nak kasi waterproof sedikit. Harap-harap lambat la nak reput apabila sudah guna dalam bilik air nanti.
Rak siap digantung.
Try susun barang-barang mandian anak-anak. Semoga bertahan la hendaknya.
Yang ini kita buat untuk bilik mandi sendiri. Mama dan Baba punya kita buat konsep bucu dinding.
Bathroom shelf hasil DIY syok sendiri siap.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Kredit: LennOn Haniff