Kegunaan Shera Plank Mampu Hasilkan Kediaman Ala-Ala " English Cottage"

96,230 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa sangka dengan kegunaan shera plank pada dinding sahaja dah mampu menghasilkan kediaman ala-ala english cottage. Pasti ramai yang teringin rumah macam kat oversea ala-ala English Cottage yang nampak macam kepingan papan kayu tu kan?

Shera plank ini merupakan kayu yang diperbuat daripada cement board atau cement fiber. Disebabkan bahan-bahan yang berkualiti, ia sesuai untuk iklim Malaysia. Kebanyakan lebih gemar gunakan vinyl atau clipboard tapi tak sesuai dengan iklim Malaysia.

Seorang netizen bernama Syafiq Adam dari IrisDeko Wainscoting telah berkongsikan cara dan bahan yang diperlukan untuk makeover kediaman miliknya menjadi kediaman ala-ala english cottage demi memenuhi permintaan daripada isteri kesayangan beliau.

Kegunaan Shera Plank Pada Dinding Mampu Menghasilkan Kediaman Ala-Ala "English Cottage"

Nak share sikit hasil air tangan sendiri time pkp ni, DIY project.. Bini mengidam nk umah ala2 english cottage. Kita layan

Kegunaan Shera Plank

SEBELUM PROSES PENAMPALAN

Kegunaan Shera Plank

PROSES PENAMPALAN

Untuk interior, shiplap saya menggunakan MDF board. Wainscoting dan batten wall tu pula menggunakan kayu nyatoh.

Kegunaan Shera Plank

Cladding pada bahagian luar fasad, saya memilih shera plank atau shera plank sebagai tampalan. Shera plank ni materialnya diperbuat daripada cement board atau cement fiber. Jadi ia sesuai untuk iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

HASILNYA!!!!!

Kegunaan Shera Plank
Kegunaan Shera Plank
Kegunaan Shera Plank
Kegunaan Shera Plank

Sedikit tips kepada sesiapa yang ingin menampalkan shera plank ini pada rumah mereka. Untuk lebih bagus sebaiknya dinding shera plank tersebut diletakkan wall sealer sebelum dicat.

Itu sahaja perkongsian daripada giler deko ini tentang penampalan shera plank yang mampu menghasilkan kediaman ala-ala English Cottage. Semoga anda mendapat inspirasi kepada sesiapa yang hendak makeover rumah. Semoga berjaya semua.

Sumber : Syafiq Ahmad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down