Ada ker sesiapa disini yang suka pergi berkhemah? Berkhemah ataupun camping merupakan suatu aktiviti yang santai. Jika berkhemah dengan anak-anak sudah pastinya seronok. Namun, untuk pergi berkhemah sudah pastinya anda memerlukan khemah yang cantik.
Andai kata nak beli khemah namun terlalu mahal boleh jer buat sebuah DIY side awning macam dikongsikan dan dilakukan oleh Muhammad Al-Wagoni ini. Side awning ini boleh dijadikan pengganti sebagai khemah namun pada harga yang bajet.
Ingin mengetahu bagaimana DIY side awning ini dilakukan. Boleh ikuti proses yang dikongsikan oleh Muhammad Al-Fathoni ini.
Assalamualaikum. Ini DIY kedua yang saya post dalam group ni. DIY pertama dulu ialah cara buat hanging rack.
Yang ni pulak, SIDE AWNING flysheet kereta. Nak beli retractable side awning tu mahal, jadi boleh DIY dengan cara bajet ni. Saya dah cuba di tempat angin kencang, Alhamdulillah bertahan dengan jayanya. Penerangan ada di setiap gambar ya
Langkah Demi Langkah Dalam Melakukan DIY Side Awning Simple Ini
Pertamanya ialah lekatkan SUCTION HOOK atas kereta. Pastikan beli SUCTION HOOK yang berkualiti. Yang saya gunakan ni boleh menampung 3 kg.
Paling penting, bersihkan permukaan dari sebarang habuk supaya SUCTION HOOK tidak tercabut.
Masukkan hujung flysheet pada suction hook. Adalah lebih efisien untuk gunakan flysheet yang ringan.
Saya gunakan 3 suction hook, bergantung kepada saiz flysheet anda.
Kemudian tambah dua batang pole di hujung yang sebelah lagi. Akhir sekali, tegangkan dengan tali.
Pastikan panjang pole jangan terlalu singkat. Nanti terpaksa membongkok pulak berjalan bawah awning ni. Buat bagi tinggi terus pun takpe. Kalau kereta yang memang dah tinggi tiada hal.
Macam ni lah rupa dia.
Yang ni dah test. Survive angin kencang 1 jam lebih.
Video Demo Untuk Side Awning Ni :
Kredit : Muhammad Al-Wagoni