DIY Taman Mini Belakang Rumah Dihasilkan Dengan Bajet RM1500

5,569 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cuba tengok bahagian belakang rumah tu macam mana keadaan pada bahagian tersebut? Adakah ianya masih lagi terurus ataupun tidak? Jika anda mencari sebuah inspirasi untuk tukarkan bahagian halaman rumah anda menjadi sebuah taman mini yang cantik boleh tengok hasil perkongsian daripada Emma Eima ini.

Emma Eima berkongsikan bagaimana beliau dan keluarganya melakukan perubahan bahagian belakang rumah mereka yang suram menjadi sebuah DIY taman mini yang cantik. Yang paling menarik ialah kos untuk melakukan semua itu hanyalah berada dibawah RM1500 sahaja.

Jom kita melihat proses-proses bagaimana DIY taman mini milik beliau ini dijadikan.

Hasil DIY Taman Mini Pada Bahagian Belakang Rumah Dengan Bajet Di Bawah RM1500

Saje2 nak sharing taman mini belakang rumah untuk minum petang dan anak2 main petang2. Mula2 panggil orang lanskap datang untuk ambik qotation. So tengok harga qotation dalam 5k. Jadi saya cakap dengan suami kita beli barang semua sendiri la dan cuma mintak tukang datang ratakan simen sahaja. Rasanya lebih jimat.

Alhamdulilah memang jimat. Kos keseluruhan termasuk rumput karpet, pokok kecik2 tu, pokok besar dalam pasu dan batu putih semuanya tak sampai RM1500 pon. Memang banyak untung buat sendiri. Bahagian bawah kami simen kasar je untuk sama rata dan takut nanti ada isu rumput tumbuh klu pakai tanah.

Jadi kami ratakan dengan simen kasar. Kalau hujan macam mana? Ramai yang tanya. Kalau hujan air tak bertakong pon sebab kalau simen kasar dibawah dia serap air dan kat pokok kecik tu saya tinggalkan tanah untuk tanam pokok tu. Maksudnya kami tak ratakan simen sepenuhnya. Tinggal dalam 1 kaki suku untuk tanam pokok.

Semoga sharing ni dapat bagi ilham kepada kawan2 yang tengah cari idea untuk buat taman mini diy

Bahagian Belakang Rumah Yang Asal Sebelum DIY Taman Mini Dilakukan

Ini gambar di ruang belakang rumah yang asal sebelum ianya akan dijadikan sebagai taman mini.

DIY Taman Mini

Ini pula proses meratakan simen kasar yang bertujuan untuk menghalang rumput untuk tumbuh di bawah karpet rumput.

DIY Taman Mini

Pembelian karpet rumput untuk dibentangkan di belakang rumah berukuran 30 x 10. Dan juga pokok tanaman untuk di tanam di dalam pasu

DIY Taman Mini

Hasil Akhir DIY Taman Mini Yang Dilakukan Ini

Akhirnya ini adalah hasilnya. Ringkas dan cantik serta menimbulkan suasana yang ceria ketika meluangkan masa bersama keluarga. Susunan pasu yang menarik serta hiasan batu putih menambahkan lagi suasana yang santai.

Jika mempunyai ruang kosong di belakang rumah, cadangan untuk membuat satu taman mini adalah sangat sesuai terutamanya untuk anak-anak.

Ibubapa tidak perlu risau akan keselamatan anak-anaknya jika bermain atau bersantai di belakang rumah sahaja berbanding bermain di luar kawasan rumah.

DIY Taman Mini

Semoga pembaca Giler Deco memperolehi ilmu, idea dan manfaaat untuk artikel kali ini. Terima kasih kerana membaca!

Kredit : Emma Eima

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down