Siapa kata bahawa dengan menggunakan barang keda ECO boleh membuat sebuah DIY yang kreatif dan bernas? Sebenarnya boleh jika anda berfikiran luar daripada kotak untuk buat sebuah DIY yang lain daripada yang lain macam yang dilakukan oleh Mohamad Efandi Ismail. Beliau melakukan sebuah DIY tempan simpan bola yang kelihatan nampak premium.
Hasil tersebut telah pun dikongsikan didalam sebuah grup Facebook " Kelab Kaki DIY". Ia punya diy yang kreatif dan bernas tu telah pun mendapat pujian orang ramai yang menyatakan bukan senang nak buat diy luar kotak lebih lagi guna barang ECO. DIY yang dilakukan juga dapat memberikan idea untuk orang lain mengambil inspirasi daripada hasil yang dilakukan.
Diy tempat simpan bola. Barang2 beli dekat kedai Eco. Spray hitam kasi cun sikit
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat DIY Ini
Sebelum & Selepas DIY Tempat Simpan Bola Ini Dilakukan
Sediakan bahan-bahan tersebut. Okay, untuk step dia boleh follow jer macam ni.
Tadaaaa! Inilah dia hasilnya sebuah DIY tempat untuk simpan bola yang kreatid ini. Nak lagi nampak premium boleh spraykan warna hitam macam dalam gambar kat bawah tu.
Memberikan Idea Yang Bernas Untuk Orang Lain
Selain itu juga, DIY sebegini telah pun memberikan idea yang bernas untuk orang lain. Bukan sahaja sebagai tempat simpan bola namun boleh dijadikan juga sebagai tempat simpan bawang, simpan helmet dan sebagainya.
Kredit : Mohamad Efandi Ismail