Deco Rak TV Premium Ala-Ala Rak IKEA Yang Bajet

4,099 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mempunyai satu tempat atau ruang deco rak TV ini merupakan antara tumpuan utama apabila kita masuk ke bahagian ruang tamu. Sebab ia adalah tempat untuk bersembang sambil tengok tv. Jadi memang  penting untuk kita mengambil perhatian terhadap ruangan tersebut.

Daripada pandangan dari Nur Farhana ini ialah beliau menyatakan setiap deco tidak pun memerlukan modal yang besar untuk deco rak tv. Cukup sahaja menggunakan bahan-bahan yang minimum sahaja. Itu sudah memadai.

Beliau telah berkongsikan bagaimana beliau membuat deco rak tv dengan menggunakan bahan yang minimun dan murah namun nampak premium. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Deco Rak TV Premium Seakan-akan Rak IKEA

Hi, harini saya nak share sikit hasil deko rak saya yang diberi nafas baru tanpa menggunakan drill. Saya just guna super glue gel dengan glue gun saja sebab itu je pun yang ada kat rumah.

Alhamdulillah rasa puas dapat deko macam yang kita impikan tapi dengan bajet yang minimum. In shaa Allah next nak letak kaki pula untuk rak ni

Untuk Deco ni saya ambil idea daripada pinterest. Search je “Kallax Hack”. 

deco rak tv

Antara Barang-Barang yang Dibeli Dari :

  • Shopee
  • Ikea
  • Kaison
  • Mr Diy

Dekorasi Rak TV Sebelumnya

deco rak tv

Selepas Dekorasi

The result. Actually terpulang kepada individu. Ada orang dia suka letak rattan box je. Ada orang suka lekatkan mirror. Ada juga yang suka letakkan decoration kat setiap rak tu

deco rak tv
deco rak tv
deco rak tv

Cara-cara Untuk Membuat Deco Rak TV Bajet

Saya beli 8 keping design panel macam dalam gambar ni, 8 keping lagi plain board saja.

deco rak tv

Guna super glue untuk lekatkan.

Storage box ukuran 33x38x33cm. Perlukan 8 juga.

Nanti kita kena lekatkan panel tersebut dekat storage box tu.

deco rak tv

After that, lekatkan kesemuanya menggunakan glue gun. Guna hati-hati okay?

Antara Barangan-Barangan Yang Digunakan

1. Frame Wall

2. OKURA 4 cubes Organizer

3. Panel Board

4. Furniture handle & knob

5. Storage Box IKEA

Sumber : Nur Farhana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down