DIY Kayantone TV Kabinet Diperbuat Dari Malaysian Timber

325 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Bercakap mengenai kabinet tv ni kalau nak diceritakan setiap rumah sudah pastinya akan ada kabinet tv. Tidak kiralah yang murah ker mahal atau juga diperbuat daripada besi. Namun, kabinet tv milik daripada Yazid Yunus ini adalah sangat rare kerana ia diperbuat daripada kayu terbuang ataupun dipanggil Malaysian Timber.

Beliau telah melakukan sebuah DIY Kayantone tv kabinet yang diperbuat daripada kayu terbuang ataupun dipanggil sebagai Malaysian Timber. Proses untuk melakukan diy tersebut telah pun dikongsikan oleh beliau didalam facebook. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Projek DIY Kayantone TV Kabinet Yang Diperbuat Daripada Kayu Buruk (Malaysian Timber)

Projek PKP 3.0, lama tak ber DIY ni. Masih dalam mood PKP, pilihan material still from malaysian timber aka kayu buruk.

Plan nak buat rak TV, something look old and rustic. Nama projek ini adalah "DIY Kayantone TV kabinet". Sayang kayu kayan negara.

Proses Melakukan DIY TV Kabinet Daripada Malaysian Timber

Projek kali ni aku guna 2 keping slab raintree. Special order dengan member dari felda trolak utara. Bukan tak nak pakai plywood, tapi solid wood lagi better omputih kata.

DIY Kayantone TV Kabinet

Part paling leceh, nak level kan slab. Banyak kena ketam, banyak gawian nya.

Selepas level dan sander.

DIY Kayantone TV Kabinet

After wood stain. Tak banyak pilihan wood stain yang ada dipasaran, aku ambik jenama TOAwoodstain, warna meranti.

Raintree ni asal warna putih, aku guna woodstain meranti sebab nak bagi gelap sikit.

Selepas varnish 2nd layer.

Ok masa untuk buat kaki, guna kayu jee, nak pakai besi kang tak wood working pulak.

Dah siap bahagian top.

DIY Kayantone TV Kabinet

First time buat kena pre install dulu,takut idea tak menjadi nanti.

Ok siap,ni la rupa kejadian nyee, kalau western ada rak tv Flintstone, aku ada rak tv Kayantone..huhu, alhamdullillah.

DIY Kayantone TV Kabinet

Sumber : Yazid Yunus

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Disember 20, 2021
Dikemaskini pada
Jun 15, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down