DIY Wainscoting PVC Foam Yang Nampak 'Real' Macam Kayu

10,630 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hiasan dinding Wainscoting semakin hari semakin menjadi kegilaan di kalangan peminat dekorasi rumah kerana hasilnya nampak mewah. Selalunya wainscoting diperbuat daripada kayu dan harga nya boleh tahan mahal disertakan dengan proses pemasangannya yang rumit.

Namun perkongsian daripada pemuda bernama Hafiz Hilmi ini seakan memberi nafas baru kepada peminat dekorasi di luar sana. Pernah tak anda terbayang untuk membuat wainscoting kayu namun ia diperbuat daripada bahan PVC Foam?

Berikut adalah perkongsian daripada Hafiz Hilmi ini dimana beliau berkongsikan bagaimana cara untuk menghasilkan wainscoting dinding dari PVC Foam yang seakan nampak diperbuat daripada kayu sebenar. Jom kita tengok cara dan hasil beliau yang dilakukan.

DIY Wainscoting PVC Foam Yang Nampak 'Real' Macam Kayu. Senang Pasang & Kos Murah

Memandangkan ramai yang mesej saya dan tanya tentang PVC Foam wainscoting ni, so saya decide nak terangkan detail dekat mana nak beli dan bahan-bahan yang nak digunakan untuk pasang.”

PVC foam ni sangat ringan dan senang nak bentuk dan lekat di dinding berbanding jenis getah yang berat dan susah lekat di dinding.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Pembaris 45 darjah
  2. Gam Dunlop (beli di mana2 kedai hardware/diy rm3.50 per bottle)
  3. Gunting
  4. Manilakad tebal/cupboard ( untuk buat kotak)

Pembaris 45 darjah yang digunakan adalah untuk jadikan guide untuk potong bahagian hujung untuk penyambung supaya nampak lebih kemas.

Cara Membuatnya:

1.Buat petak menggunakan kad manila atau cupboard.

2.Lekatkan cupboard pada dinding, kemudian sapukan gam pada bahagian pvc wainscotting.

3.Lekatkan pvc wainscoting mengikut cupboard atau kad manila yang dah dilekatkan di dinding supaya pvc foam ni lekat dengan lurus cantik. Kalau tak pakai board ni pon boleh terus lukis di dinding. Tujuan dia hanya sebagai guider sahaja.

Wainscoting PVC Foam

4. Kemudaian sampai di bahagian hujung, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk penyambung line petak yang seterusnya seperti gambar dibawah.

Untuk beli lining ini saya beli direct shopee di sini saya sertakan link. Terdapat dua size iaitu 3cm lebar dan 1 lagi 6cm lebar. Disarankan beli yang berwarna putih terus agar sudah tidak perlu cat lagi. Kalau nak cat warna sama dengan dinding pun boleh tak ada masalah.

Wainscoting PVC Foam
Wainscoting PVC Foam

Bagi saya wainscoting pvc foam ni memangg menarik nampak real macam kayu dan yang paling penting senang nak pasang sorang2 pn boleh buat sebab pakai gunting sahaja potong tak perlu professional tools dan kos sangat2 murah. ??

Wainscoting PVC Foam
Wainscoting PVC Foam

Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang sedang mencari idea untuk membuat dekorasi rumah. Yang paling penting kita pon rasa puas hati sebab hasil dekorasi tangan sendiri, Selamat Mencuba!

Sumber : Hafiz Hilmi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down