Perkongsian Mengenai Flood Barrier DIY Pada Musim Banjir

1,344 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila tibanya musim banjir ini, pasti ramai yang risau akan air yang nak naik, kan? Bukan itu sahaja, apabila air sudah naik dan masuk ke dalam rumah sememangnya akan merosakkan banyak barang dan juga perabot kesayangan. Sangat elok sekiranya setiap rumah dipasangkan dengan sebuah DIY flood barrier.

Flood barrier ini mampu menghalang apa jua air banjir atau juga air bertakung. Jadi, anda tidak perlu risau jika air akan masuk ke dalam rumah anda. Jom ikuti kisah perkongsian daripada Seri Dewi Amin ini mengenai flood barrier DIY beliau yang diletakkan pada bahagian rumah beliau.

Perkongsian Penting Mengenai Flood Barrier DIY Digunakan Pada Musim Banjir

Saya nak share. Ini Flood barrier kat rumah mak saya, kami minta tukang besi buatkan. Sebab bila hujan lebat sangat2, longkang belakng rumah penuh , rumah mak akan jadi mangsa air bertakung and banjir kilat.

Jenuh la hai nak bersihkan even air paras buku lali aje. Sejak musim banjir datang banyak kali saya nampak orang share gambar flood barrier dari google. So here in real kat rumah mak saya.

Sejak pasang ni, alhamdulillah. Air tak masuk. Cuma bahagian bawah tu air masuk jadi lecak aje so bila air kering boleb mop kan aje. Tak penat mana.

Flood barrier ni, boleh install kat rumah yang selalu banjir manja manja je, macam setakat 1-3 kaki. Instead buat bongol depan pintu rumah tak cantik, so boleh la buat begini 😅

Sekian perkongsian saya. selamat mencuba

Penggunaan Flood Barrier DIY Yang Dikongsikan

Masa minta tukang besi buatkan, saya cakap minta buatkan penghadang air konsep macam kat empangan. Ia boleh tarik and boleh tutup.

Tunjuk juga gambar ehsan google. And came out the result tukang besi buatkan macam gini. Alhamdulillah. Sangat2 membantu.

Flood Barrier DIY
Flood Barrier DIY

Bahagian di dalam gambar ini, ditepinya mempunyai getah dan pada bahagian bawah pula ialah silikon. Air memang tidak akan masuk ke dalam rumah ini.

Flood Barrier DIY
Flood Barrier DIY

Haaa kreatif, kan? Anda juga boleh aplikasikan di rumah anda. Sangat mudah dan sistematik. Tetapi, ia tidak sesuai untuk kawasan rumah yang naik air tinggi. Semoga bermanfaat!

Sumber : Seri Dewi Amin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down