Jika sebut mengenai shera plank, rata-rata ramai yang sudah mengetahui apa itu shera plank. Tidak hairanlah shera plank kini menjadi trend, ia disebabkan oleh bentuk dan corak yang sangat menarik.
Selain digunakan pada dinding rumah, ia juga digunakan pada bahagian pagar rumah yang mana ia sudah cukup menghasilkan satu ruang privasi pada kawasan pagar rumah.
Perkongsian kali ini adalah dari pemilik rumah ini yang bernama Shahril Azhari Jumari. Beliau telah melakukan pemasangan Shera Plank pada pagar rumah sebagai pagar untuk kebun mini di halaman rumahnya.
Untuk melihat proses penghasilannya, jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian di bawah ini.
Hari ini buat pagar kebun sekangkang kucing dekat belakang rumah. 5'x10'. Dapat la menyorok-nyorok sikit masa acah-acah berkebun dengan jiran belakang. Sebelum ini chain link hijau tu je.
Kali ni buat pakai Shera Plank. Cement fiber board dengan texture kayu yang weatherproof disaluti waterbased timbershade paint yang tahan hujan panas juga.
Barang-barang macam self drilling screw dan cat beli dekat Shopee, Shera plank order dekat kilang diorang hantar dengan lori.
Keadaan sebelum dan selepas belakang rumah yang ingin dijadikan taman mini. Sebelum ini hanya guna pagar jaring yang tidak ada privasi, setelah tukar Shera Plank barulah kelihatan agak tertutup sedikit.
Senarai peralatan yang digunakan dalam penghasilan DIY pagar kebun mini ini.
Keadaan dari dalam kebun mini dengan menggunakan pagar Shera Plank dengan cara DIY.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi untuk pembaca diluar sana dalam cuba untuk hasilkan DIY kawasan belakang rumah.