Projek DIY Pagar Rumah Persis Gaya Jongkong Batu

19,213 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi rumah yang sangat kreatif dan menarik datangnya dari pemilik rumah yang mementingkan persekitaran rumah supaya sentiasa kelihatan cantik.

Selain dari deco bahagian dalaman rumah, bahagian luaran rumah juga perlu dideco dengan konsep yang pilihan hati. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama  Ady ZM, beliau melakukan projek DIY pagar rumah persis gaya jongkong batu yang sangat kreatif dan menarik.

Sekali pandang, mungkin kita akan lihat seperti pagar yang diperbuat daripada jongkong bata. Namun sebenarnya tidak, ia hanyalah kepingan seperti papan yang ditampal pada bahagian pagar tersebut dengan menggunakan gam extraseal jenama Xbond.

Jadi, untuk melihat bahagian pagar selepas diubahsuai, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Projek DIY Pagar Rumah Persis Gaya Jongkong Batu Yang Sangat Kreatif

Kita ubah selera sikit. Beli barang kemudian buat sendiri.

Ini adalah bahan yang digunakan untuk projek DIY pada kali ini, barangan seperti yang disenaraikan dibawah ini.

Projek DIY Pagar

Bahagian pagar sebelum diubahsuaian. Ia kelihatan kosong dan kurang menarik.

Projek DIY Pagar

Keadaaan dinding kawasan pagar semasa proses DIY dilakukan. Menarik apa yang dilakukan ini. Kelihatan seperti pagar yang diperbuat dari jongkong batu merah.

Projek DIY Pagar

Bahagian pagar rumah setelah ubahsuai selesai dilakukan.

Projek DIY Pagar

Pandangan penuh kawasan pagar rumah setelah selesai dilakukan deco simple yang sangat cantik dan menarik.

Projek DIY Pagar

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai pagar rumah dengan konsep yang pilihan hati.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down