Hasil Deko Apartment Subsale Sebelum Selepas Dilakukan

112 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bestnya bila ada rumah yang kemas, cantik dan minimalis tanpa ada banyak perabot yang diperlukan. Cukuplah hanya ada perabot penting seperti meja makan, rak tv, sofa dan sebagainya. Amilah Mokhtar berkongsikan posting beliau yang di

upload dalam grup "Deco Rumah Flat", menunjukkan bagaimana beliau lakukan deko apartment subsale yang cantik berbanding yang asal.

Susulan daripada deko tersebut, ramai juga yang komen menyatakan bahawa hasil deko sebelum & selepas tu memang wajar dipuji. Jom kita lihat hasil dekorasi dilakukan ini. Mana tau kan tetiba ianya boleh dijadikan sebagai inspirasi buat anda semua.

Hasil Akhir Deko Apartment Subsale Sebelum Dan Selepas Dilakukan Tema Sedap Mata Memandang

Apartment 750sqft subsale. Sebelum vs selepas. Tema mendeko asal sedap mata memandang je, alhamdulillah cukup lah buat tempat kami berteduh tiga beranak

Rumah Apartment Sebelum Diberikan Wajah Baharu

Kalau sebelum ini ruang tamu apartment ini penuh dengan sofa, seterika dan sebagainya. Nampak serabut.

Deko Apartment Subsale

Tengok pada bahagian dapur pula macam nak nangis jer rasa.

Deko Apartment Subsale

Tandas masih lagi okayla tapi perlukan beberapa perubahan.

Dekorasi Rumah Apartment Yang Cantik Selepas Berwajah Baru

Alhamdulillah, setelah meneliti beberapa gambar inspirasi. Inilah hasil akhir pada ruang dalaman rumah apartment kami ini.

Deko Apartment Subsale

Ruang tamu terus nampak luas selepas kurangkan perabot pada bahagian ini.

Deko Apartment Subsale

Ruang meja makan bersama dengan keluarga tersayang.

Deko Apartment Subsale

Ramai yang rekomen benda ni jadi letak jugaklaaa.

Nak ready-ready tudung pun senang lepas ada mirror wall ni.

Bahagian dapur rumah kami ini. Masa ni kemas lagi tanpa sebarang alat-alat memasak.

Deko Apartment Subsale
Deko Apartment Subsale

Kredit : Amilah Mokhtar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down