Semua pasti kenalkan ayah kepada Iefa Jovovich ni iaitu owner yang sama yang membuat sebuah projek stencil paint pada dinding rumah beliau. Kali ini ayahnya kembali dengan sebuah projek terbaharu dengan membuat stencil pada lantai rumah. Hasil lantai stencil tersebut kelihatan dilakukan dengan sempurna macam hasil buatan mesin.
Ramai yang menyangka hasil projek tersebut dilakukan dengan bantuan alat khas tetapi hasil tersebut dilakukan 100% daripada hasil tangan ayahnya yang memiliki tangan seni yang hebat. Rata-rata sangat kagum dengan hasil tersebut. Jom kita lihat hasil projek lantai stencil yang dilakukan ini.
Hai semua. Ayah kembali dengan hasil terbaru. Masih lagi teknik stencil paint. Kalau sebelum ni ayah cat stencil kat dinding, projek terbaru ayah kali ni stencil di lantai pula.
Teknik sama ja cuma penggunaan cat yang berlainan. Ayah guna cat epoxy pada asalnya hanya simen sahaja. Setelah di transform hasilnya seperti tiles.Ayah memamg sangat teliti and very detail bila buat projek stencil. Doakan ayah sentiasa sihat dan terus berkarya.
Sebelum, Semasa Proses Dilakukan Dan Hasil Akhir Projek Dilakukan
Bahagian lantai sebelum projek ini dilakukan.
Proses mengecat cat epoxy untuk 1st layer.
Selesai cat epoxy 1st layer pada lantai.
Corak pertama yang dilakukan pada ruangan dapur ini.
Masih lagi dalam in progress. Makin lama makin banyak pattern.
Ayah buat stencil then coating pula sebab nak bagi nampak lantai berkilat.
Corak kedua pula adalah untuk ruangan bilik tidur.
Inilah dia hasil pattern didalam bilik tidur tersebut.
Seperti biasa ayah akan selfie satu kali selepas siap hasil lantai stencil yang dilakukan.
Kredit : Iefa Jovovich