Mendapat satu makeover tandas lama yang menyeluruh merupakan satu idaman yang sangat dinanti-nantikan oleh para wanita. Tandas yang bersih, cantik dan terurus ini dapat menunjukkan personaliti seseorang tersebut.
Seorang wanita yang bernama Nurhidayah Sahalan ini telah berkongsikan beberapa gambar makeover tandas lama dirumah beliau. Ia merupakan inspirasi selepas balik bercuti daripada USA dan berazam untuk membuat tandas sedemikian.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua hasil makeover lama sebelum dan selepas ini dilakukan. Mesti anda semua tidak sabar kan? Jangan terkejut dengan perubahan tandas yang mendadak ini. Jom kita tengok perkongsian beliau.
Asalnya nak buat ‘ water proofing’ aje sebab beli rumah subsale ada kesan bocor (leaking). Tengok lah apa dah jadikkk!
Gambar Tandas Asal
Gambar tandas yang asal diambil pada Ogos 2020.
Ada apa disebalik pintu sliding ini? Haaaa, cer teka? Mesti anda semua dah mampu teka kan?
Gambar Tandas Selepas Makeover
Tadaaaaa!!!! Selepas buka sliding door ni akan nampak tandas yang telah pun di makeover. Mozek yang ada tu saya beli di HOMA.
Susunan yang dilakukan didalam tandas ini. Pokok tu saya hanya sembur sahaja agar ia hidup. Untuk paip faucet itu pula, saya beli jenama Sorento yang berharga RM280. Anda boleh usha kalau berminat.
Peti deposit. Setiap rumah pasti ada peti deposit. Hehehe
Ini adalah bahagian kabinet. Ia bertujuan tempat untuk menyimpan segala jenis ubat, makeup, berus dan ubat gigi dan sebagainya yang diperlukan.
Tempat untuk mandi mandi. Best sikit nak karaoke dalam ni.
Senang nak amik air sembahyang. Musim hujan kita onz air panas!
Bahagian Bathtub. Mendapat inspirasi lepas balik dari US 2019, teringin nak rendam hari-hari sebab orang sana rumah kecik ke besar ke dah jadi kebiasaan mandi dalam bathtub.
Suami si tukang tebuk2, pasang paip, heater, tukang kondem dan komplen. Thank You sangat!!
Sumber : Nurhidayah Sahalan